Facebook Instagram Twitter Google+ Bloglovin

Atikah Tahir

  • Atikah
  • Chatbox
  • Shop
  • Sitemap
  • _Travel
  • _Food & Cafe
  • _Book
  • Contact Me



Assalammualaikum,

Mengintai Aku di Neraka, karya novel ke-4 Ust. Hadi Fayadh dan setakat ni, semua novel  beliau tak pernah tak mengecawakan.. penuh debar dan sangat menginsafkan sesapa yang baca.

Apa yang buat ika lagi tertarik dengan buku-buku beliau adalah kesemua buku-buku beliau di tulis berdasarkan kisah benar.

Setakat ni, untuk lengkapkan koleksi beliau korang kene ada buku semusim di barzakh, Ketika Azazil berputus asa, Semusim di Mahsyar dan edition terbaru, Mengintai Aku Di Neraka.. dan ika masih menunggu buku baru beliau yang kelima.




SINOPSIS



Secara ringkasnya buku ni mengisahkan tentang Aleeya Qistina yang kecewa putus cinta dengan kekasinya, Sazriel Fayyadh dan mengambil keputusan untuk bunuh diri.

See boys, girls bile mereka dah sayang mereka akan sayang betul-betul. So, kalau korang masih tak bersedia untuk berkahwin, please yee jangan nak mengurat. 

haha sorry ter-emosi pulak..

Ok.., back to the story.

Turning point nya bermula bila Aleeya mula mengambil keputusan untuk berjinak-jinak dengan budaya barat lepas percubaan dia untuk bunuh diri tak menjadi. Macam mana boleh tak menjadi ? yang tu, korang kene baca yee.. kalau cite sini tak surprise laa..

Bermula dari situ, banyak perkara yang tak tercapai akal yang berlaku kepada Aleeya. Bermacam-macam jenis orang yang datang bukan sekadar untuk bagi nasihat tapi bagi sedarkan Aleeya dengan kesedaran yang sungguh-sungguh sehingga tahap, Aleeya sendiri dapat rasa balasan dan seksaan kepada segala dosa yang dia lakukan.


REVIEW

Ika sangat suka dengan buku-buku beliau. Sampai sanggup buat pre order dan tunggu dengan penuh kesabaran ok..  hahaha korang boleh baca kat sini kalau sudi   > Buku Pre Order pertama Atikah <  

Ika ulang baca buku ni for few times. Sungguh. Tak tipu. Sebabnya setiap kata-kata dalam buku beliau sangat menginsafkan dan buatkan kite berfikir tentang satu je, AKHIRAT. 

Realistik atau fantasi ? Untuk soalan ni, kite kene yakin yang tak ada yang mustahil bile Allah mengkehendakinya. :) 


QUOTES


Iblis dan pengikutnya akan berputus asa pada perkara yang besar tetapi sesekali tidak akan berputus asa pada perkara yang remeh.

- Lelaki Kudung -
________________________________________________________________________________

 Selagi kau mencari manusia, selagi itulah kau akan kecewa. Jadikanlah manusia hanya tumpangan bukan tujuan kerana mereka memiliki hati yang berolak-balik sentiasa, keinginan dan kehendak yang dilapik dengan nafsu dan syaitan.

- Nenek -
________________________________________________________________________________

 La Tai-asu Min Rahmatillah..
Janganlah sesekali kau berputus asa dengan Rahmat Allah.

- Seruan Dari Langit -
________________________________________________________________________________

 Cinta adalah segala-galanya, tetapi bukan untuk dan kerana manusia. Aku dihantar kedunia hanya sebagai petani yang bercucuk tanam dengan amalan kebaikan, nanti segala hasil tuaian akan aku rasakan pabila saat kakiku dan kakimu melangkah ke syurga. 

- Aleeya Qistina -
________________________________________________________________________________


RATING & RECOMMENDATION


Rate :    

Ika sangat-sangat recommend kan korang untuk baca novel ni. Tapi sebelum tu, do finish your work first sebabnya bile korang dah mula baca, akan susah nak stop. Sebabnya setiap bab misteri korang tak akan jumpa jawapannya kat ujung bab tu. Misteri akan terungkai di hujung buku ni.. 

Dah sampai ujung tu korang akan rasa.. wow   . 

Untuk sesiapa yang nak dapatkan buku ni, boleh berurusan dengan adik ni, service tiptop .

Iffah Izzati 
011 -1229 5286


by, 
   Atikah Tahir.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Hai... haii... hai.... 

Akhirnya bungkusan yang ika nanti-nantikan kan sudah tiba. Betul lah apa orang cakap, yang penantian tu memang satu penyiksaan. Hmm

Ok.. stop over..

Beberapa minggu yang lepas, ika ada tempah pre order buku baru Ust Hadi Fayadh yang bertajuk Mengintai aku di Neraka. Seramkan tajuk buku tu ?

Secara jujurnya, ika memang tak suka beli buku pre order ataupun beli melalui online. Sebabnya hilang satu kenikmatan.. hahaha yelaa, kalau beli online, tak boleh belek keadaan buku tu, kadang dapat yang cantik kadang tu dapat yang kemek sikit. hehehe

Jadinya, dipendekkan cerita, satu hari tu ika terjumpa poster tentang pre order buku baru Ust Hadi Fayadh. Beli pre order dapat free gift. Masa tu dah exited dah nak tunggu buku tu release kat kedai buku. 'Free gift' yang ditawarkan pun masih belum dapat tarik perhatian ika untuk order.

Tapi,

satu hari tu ika terjumpa poster baru, beli pre order buku Mengintai aku di neraka + free gift buku MenatapMu dalam dukaku. Terus order. haha betul., sebabnya free gift tu buku.. bagi ika berbaloi.



Mengintai aku di neraka dah melengkapkan koleksi buku Ust Hadi Fayadh untuk sementara waktu ni lah tapi ika masih menunggu untuk next keluaran buku barunya.

Ramai jugak kawan-kawan yang tanya kenapa ika suka sangat dengan buku-buku Ust. Hadi Fayadh ni ? tak takut ke baca ?

Ok laa, jawapan untuk soalan takut tu, mmm sejujurnya takut la baca.

Huisshh mana boleh tak rasa takut bile kite di gambarkan dengan akibat dari buatan dosa yang kite lakukan kan.. bile ika ceritakan balik apa yang ika baca kat family atau kawan, terus meremang., tapi rasa takut tulah yang bagi kesedaran kat kite untuk bangun dari terus hidup dengan nafsu. Ika bercakap untuk diri ika sendiri ye..

Untuk soalan kenapa ika suka baca buku tulisan Ust Hadi Fayadh pulak sebabnya, setiap tulisannya dapat menyentuh hati walaupun ayat-ayatnya berbunga, tapi dia boleh bawa kite ke dimensi yang lain dari yang lain. Bile sakit tu, kite boleh rasa sakitnya tu macam mana walaupun mungkin sakit yang dirasa 'dia yang bertuah' tu, berlipat kali ganda sakit yang kite tafsirkan and yes, of course because it is based on true story.

Pada mereka yang minat dengan misteri, buku koleksi Ust Hadi Fayyadh sangat sesuai. Penuh dengan misteri and tanda tanyaa. Misteri akan terungkai dengan cara yang kite tak jangka. Part tu la yang paling best.   

Sebelum mula mambaca buku ni, please siap kan semua kerja yang ada sebabnya bile dah baca akan rasa susah nak stop.

Pada yang berminat untuk dapatkan buku koleksi beliau, boleh datang singgah sini,
         >  https://www.instagram.com/hadifayyadhproduction/  <

Nantikan preview buku Mengintai aku di neraka , untuk next post ika. ok. bye.


by,
  Atikah Tahir


Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

Memandangkan Fiqa dah nak balik Kedah tak lama lagi, jadi kami pilih Redtma Adventure Urban Park untuk kami spent time sesama. Lepas ni, kene tunggu lagi 6 bulan, Fiqa cuti sem baru boleh spent time sesama .

Kami pilih Redtma Adventure Urban Park, sebabnya semua aktiviti outdoor ditawarkan dengan harga yang sangat murah. Selain dari ada macam-macam aktiviti outdoor, kite boleh jugak sembang-sembang atau nak berkelah pun boleh tapi kat sini ada kedai makan yang sediakan makanan yang sedap dan boleh makan tepi tasik romantik-romantik gituuu  . Kat bawah ni, gambar harga setiap game yang ada.


Murah kan?? Kalau nak main paintball, kene tempah dulu jadi pihak Redtma Aventure Park akan siapkan semua keperluan tapi dengan syarat cukup 12 orang yee.. kalau nak tempah untuk team building activity pun boleh. Apa pun boleh contact terus ke nombor yang tertera kat gambar ni.


Tapi....

Date kali ni, kami tak date berdua. Kali ni special sikit sebab Fiqa bawak kawan-kawan baik dia sekali.. Oleh itu, bertambah lagi la koleksi kawan ika . 


Kenalkan, yang comel berspek mata ni Sharf , sebelah dia yang bertudung malu-malu ayu tu Ain, yang sebelah tu yang nampak cool tu, Fifa sebelahnya tu cool kuasa dua, Fiqa dan abaikan yang tudung kelabu tu. Hikhiks.


 



Selesai sarapan pagi, kami dah sedia dah nak ber-aktiviti. Di Redtma Adventure Park, kite boleh tengok senarai aktiviti di satu papan berdiri berdepan dengan pintu masuk jadi bila masuk dah boleh terus daftar untuk game. Atas persetujuan semua orang kami pilih dua permainan iaitu memanah  dan berkayak .

Sebelum kite main aktiviti basah, kite main dulu aktiviti kering. 


Game  : Memanah 
Harga : Rm6 (setiap team) 

Kami mulakan aktiviti kami dengan memanah dulu. Untuk game memanah ni, kami lawan dengan bahagi kan dua team. Team A, ika dan Fiqa. Team B Sharf dan Fifa.   

Nah, kami belanja gambar.. 



Jangan risau soal keselamatan, setiap game akan ada orang yang jaga dan ajar kite main dengan cara yang betul. 

Pusingan pertama, Fiqa lawan dengan Fifa. 


 Pusingan kedua Ika lawan dengan Sharf. 

Cer teke team mana menang ?  

Team Ika dengan Fiqa menang hahaha   . Tapi semua ucapan tahniah tu selayaknya memang untuk Afiqa lah sebabnya dialah penyumbang markah terbesar dan saya hanya menumpang nama hehe 

Untuk game seterusnya, kami pilih aktiviti berkayak. Untuk aktiviti ni, Sharf dengan Ain tak join sekali kami berkayak tapi mereke main congkak. 


Game : Berkayak 
Harga : RM4 (main la sampai puas)

Untuk aktiviti air ni, sebelum kite memulakan permainan, kite akan diberi pencerahan cara main dengan betul dan cara pakai life jacket dengan betul. 

Tapi untuk aktiviti air, bagi ika memang mencabar diri sendiri la. Ika memang takut sikit nak mencuba aktiviti yang ada kaitan dengan air. Kalau mandi laut ika akan masuk sampai paras pinggang je., tu pun dah rasa dalam dah tu tapi memang jarang la mandi laut tu. Selalunya akan dok tepi jela, buat istana pasir sambil perati adik-adik mandi laut. 

Apapun, ika nak ucapkan tahniah la untuk diri sendiri sebab dah berjaya beranikan diri untuk mencuba. 


Tunggu arahan dari Fiqa.. Kiri... Kanan... Kiri... Kanan... 

Time ni dah rasa ok sikit dengan kayak. Cuak tu ada tapi tapi kurang laa.

Fifa la yang win antara kami.. dia berani untuk main kayak solo sedangkan dia dah lama tak berkayak.  


Semua orang senyum... Fifa nak ambik gambar ni.. 

Jujur, memang getar nak turun dari boat tu (tak tahu la apa nama betul dia  ) 

Inilah dia game yang kami main untuk date kali ni. Sebelum ni, kami ber- wall climbing boleh tekan SINI . 

Total kami spend duit kat Redtma Adventure Park ni RM7 seorang. Ok ke ok ? haha Redtma Adventure Park ni, sangat dekat dengan tol ayer keroh dan berjiran dengan zoo jadi boleh pilih mana pilihan hati. 

Untuk Redtma Adventure Park ni, Ika bagi   / 5. 


Bile dah ber-aktiviti ni mesti laparkan.. kan ?? 

Pada awalnya kami nak ber- food hunting la, nak try floyd kitchen tapi disebab kan floyd kithen tutup, boat noodle la menjadi tempat persinggahan. Yeahh.. memang craving sangat dengan green tea dia.. Superb and must try. 

Untuk Afiqa and the geng.. terime kasih sudi luangkan masa.., Sharf, terime kasih ye belanja ayat ayat pickup line . InsyaAllah., ada rezeki ada jodoh kite jumpa lagi.. 




- Atikah -

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments
Older Posts

Search This Blog

About me

About Amalie

| Atikah Tahir | Melaka |
Welcome to my place where, i share
everything i love @ interest.

❤❤❤❤

It is important to remember that we all
HAVE MAGIC INSIDE US.
-J.K. Rowling-


Follow by Email

Followers

Popular Posts

  • Boat Noodle, Mahkota Parade, Melaka.
  • Mini Giveaway : Duit Raya
  • Tips | Cara Mudah Bina Rumah Di Syurga by Ustaz Dato'. Hj. Badlishah

Sponsor

Blog Archive

  • ▼  2018 (4)
    • ▼  April (1)
      • Book Review | Mengintai Aku Di Neraka by Ust. Ha...
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (3)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)

Reading challenge

2018 Reading Challenge

2018 Reading Challenge
Atikahtahir has read 0 books toward her goal of 50 books.
hide
0 of 50 (0%)
view books
Facebook Instagram Twitter Google+ Bloglovin
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by BeautyTemplates