Atikah Tahir

Lifestyle blogger

Hello
I'm Atikah, a 26-year-old blogger who loved books, green tea, rainy
day, and cute things. Welcome to my place where I share my thought and everything that I love.

#5 : HOW TO PRODUCE GREAT WORKS ? ENJOY THE PROCESS !!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful



Assalammualaikum guys...

Hari ni first week ika untuk semester 6. Alhamdulillah.. nervous dan exited sebenarnya.. nervous sebab ni last semester ika before intern insyaAllah. Doakan yee... Exited sebab tak sabar nak habis belajar. haha. Semester ni mungkin kene strugle lebih sebabnya kene siapkan thesis dan jadual sangat pack.. Hari selasa full, kelas dari jam 8 pagi sampai 6 petang.. then nak kene kumpul data thesis lagii.. Astagfirullahal'azim tak boleh mengeluh kan?? Doa kan ika yee?

Teringat one of the quote from Teme Abdullah, 'enjoy the process is how we produce great works...' So true !! Tapi macam mana kita nak enjoy process tu? dengan adanya minat. Bila kita minat, kita tak akan rasa tak best pun buat benda tu walaupun ada tekanan dari sesuatu pihak kita tetap akan terima and enjoy. Bila 'enjoy' tak ada waktu process, itu yang buatkan seseorang tu rasa cepat putus asa dan tertekan dengan keadaan dan diri dia sendiri. Salah satu ayat famous 'minat' sebagai student (since ika pun student -- ni yang paling dekat dengan ika) ialah  "saya tak minat dengan bidang tu...", "saya tak minat nak belajar sebenarnya.... ". Kat sini, kita dapat kenal pasti beberapa keadaan,

         1. Minat dan berjaya ; 
       2. Minat tapi kecundang tengah jalan ;
       3. Tak minat tapi berjaya ;
       4. Tak minat dan kecundang. 

Ini secara general; belajar atau pun bekerja. Apa yang bentuk keadaan ni ialah 'usaha'.., tahap usaha dari seseorang tu. Mungkin ada yang usahanya sedikit tapi tetap berjaya., itu rezeki dia tapi Allah dah cakap, siapa yang usaha dia yang dapat.. Kalau bukan di dunia Allah simpan untuk akhirat ok ? 

Jadi bagi ika, minat sahaja tak akan lengkap tanpa usaha. 

Teringat kata-kata Nisa, "Atikah, cinta itu kita boleh pupuk" jadii minat pun boleh.. haha aiiicewahh... 

Ika pernah tanya adik ika, Aiman...

    "Minat tak mechanical engineering?" dan jawapan dia,

    "dulu tak minat tapi sekarang dah minat. Dulu langsung tak minat sebabnya tak faham apa yang lecturer ajar tapi masa practical, nampak depan mata dan mula faham. Bila dah faham terus rasa minat..."  

MasyaAllah  ... -  Kat sini ika memang tertarik dengan perkataan 'faham'. Cara nak capai 'faham' adalah dengan belajar..  Ada orang faham dulu baru ada rasa minat, ada orang pulak minat yang mendorong ke arah faham.. Lain orang lain kan? Jadi jangan rasa down dengan diri sebab apa yang paling penting sekali ialah usaha.

Dalam perbualan kami dua beradik ni, ada yang menarik keluar dari mulut Aiman.. 

"Ada beza orang yang bekerja sebab minat dan duit.. Orang yang bekerja sebab minat, akan hasil kerja yang lain dari yang lain berbanding orang yang bekerja sebab duit... Minat kan buatkan kita sentiase mengkaji dan belajar.. selain dari tu asal kan kerja setle sudah. "  

  

Perbualan kami buatkan ika terfikir banyak benda terutamanya bila Aiman sebut bab 'asalkan kerja settle'.. Salah satunya ialah sebab-sebab ika belajar, minat atau ada sebab lain... sebabnya ika selalu je gunekan konsep 'asalkan settle' ni ...    

Datuk Prof Dr Muhaya Mohammad pun pernah kata, tak ada orang yang malas cume orang yang kurang berminat...  

Ok cerita akhir sebelum ika tamatkan posting kali ni,

Ika ada seorang pensyarah yang mempunyai 7 diploma, 3 degree, 1 master dan 1 PhD. 1 semester dia ambik 2 jurusan.. dia sangat pelik dengan kami yang ambik 1 jurusan dalam 1 semester yang kadang tak cukup masa tidur dan sebagainya..tapi dia walaupun ambik 2 jurusan tapi tetap boleh berjimba dengan kawan-kawan dia.

MasyaAllah... Ini yang baru dikatakan minat belajar... Kita macam mana pulak? 


Love, 
    Atikah Tahir.

Blok A2, Kolej Anggerik, UiTM Shah Alam.



Bangga dengan awak 





Comments

  1. Semoga berjaya tamat kan pengajian.. Done follow sini, BTW lawa blog. Nice work 👍👍👍

    ReplyDelete
  2. Faham sangat perasan nak habis belajar tu hehe. Teringat pulak zaman siapkan thesis and kumpul data waktu 7 dengan 8. Tu boleh dikategorikan assignment paling meletihkan. All the best tau ika!

    Betul tu. Benda yang kita minat, letih macam mana pun, tak terasa bebannya. Sebab kita suka. Sebab tu kalau kerja, kalau boleh buat benda yang kita suka, at least taklah merana and bukan kerja semata-mata nak duit di akhir bulan. Nini tak pernah terfikir nak jadi cikgu tapi bila dah belajar, hmm bestt jugak hahaha. Well.. ada part perit dia tapi yang baik tu lagi banyak hehe.

    Btw, tabik dengan lecturer yang minat belajar tu. Nini ada sorang kawan chinese, hobi dia memang belajar and dia always dekan daripada awal sampai habis belajar. Dua tiga award jugak dapat waktu konvo baru ni. Orang lain masuk kelas duk menyembang (saya la tu hahaha), dia masuk kelas baca nota. Dia memang cakap dia suka study allahuu. Dah la bijak, cantik, ringan tulang pulak tuu. Semoga nini pun akan jadi cikgu macam dia :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... nak kumpul data tu yang perlukan kekuatan hehe.. mekasih nini.. ika pun kann tabik tau dengan orang yang betul2 minat belajar ni.. hmm betul2.. setuju dengan kerja benda yang kita minat.. walau apa pun... nini pun good luck yee.. :D

      Delete
  3. Thank you for such motivation and I wish you the best for the upcoming semester <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiii eeiou... thank you.. you too ok? enjoy every moment ;)

      Delete
  4. hi ika! samalah kita tengah final year jugak. nervous sebab nak buat fyp tahun ni. setuju dengan posting ni. Walaupun sesusah mana pun subjek tu, bila ada minat, kita rasa enjoy selesai semua kerja. kunci dia, minat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii naja !!! kite geng siap kan fyp lahh nii.. kann? Good luck Naja !!

      Delete
  5. True. Kalau tak minat ada usaha, boleh berjaya. Tapi kalau berminat tanpa usaha pun tak kemana.
    Bila orang yang terlalu ikut minat, mula lah jadi memilih, last2 tak kemana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... Usaha pun penting.. pokok pangkal diri kite sendiri..

      Delete
  6. Setuju sgt! Orang kalau dah minat, dia akan seronok buat apa yg perlu dlm proses

    ReplyDelete
  7. Takpe atikah, lain lain orang lain cabarannya. Semoga tikah dapat habis belajar dan peroleh kejayaan. In shaa Allah, allah dah aturkan yang terbaik untuk setiap orang. ;)

    ReplyDelete
  8. All the best to you Atikah..
    Semoga dipermudahkan urusan dan berjaya dalam setiap bidang yang diceburi..
    Done follow blog ini..

    ReplyDelete
  9. Semoga terus maju jaya dan dikuatkan semangat Ika. :)

    ReplyDelete
  10. hebatnyaa pensyarah tu..masyaAllah!.. moga terus sukses ika, Good luck for your future^^

    ReplyDelete
  11. akak follow sini ye^^
    https://haziqahadevin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. Wahh such an inspiring entry! :) Terus rasa berkobar-kobar nak sambung study nanti Inshaallah..
    .
    Btw, good luck ya!! Semoga Allah permudah

    ReplyDelete
  13. that pensyarah is wow oh wow. i salute !!

    ReplyDelete

Post a Comment

Contact Form

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Atikahtahir has read 1 book toward her goal of 20 books.
hide

Followers

Total Pageviews