Atikah Tahir

Lifestyle blogger

Hello
I'm Atikah, a 26-year-old blogger who loved books, green tea, rainy
day, and cute things. Welcome to my place where I share my thought and everything that I love.

Book Review : Mengintai Aku Di Neraka by Ust. Hadi Fayyadh





Assalammualaikum,

Mengintai Aku di Neraka, karya novel ke-4 Ust. Hadi Fayadh dan setakat ni, semua novel  beliau tak pernah tak mengecawakan.. penuh debar dan sangat menginsafkan sesapa yang baca.

Apa yang buat ika lagi tertarik dengan buku-buku beliau adalah kesemua buku-buku beliau di tulis berdasarkan kisah benar.

Setakat ni, untuk lengkapkan koleksi beliau korang kene ada buku semusim di barzakh, Ketika Azazil berputus asa, Semusim di Mahsyar dan edition terbaru, Mengintai Aku Di Neraka.. dan ika masih menunggu buku baru beliau yang kelima.




SINOPSIS



Secara ringkasnya buku ni mengisahkan tentang Aleeya Qistina yang kecewa putus cinta dengan kekasinya, Sazriel Fayyadh dan mengambil keputusan untuk bunuh diri.

See boys, girls bile mereka dah sayang mereka akan sayang betul-betul. So, kalau korang masih tak bersedia untuk berkahwin, please yee jangan nak mengurat. 

haha sorry ter-emosi pulak..

Ok.., back to the story.

Turning point nya bermula bila Aleeya mula mengambil keputusan untuk berjinak-jinak dengan budaya barat lepas percubaan dia untuk bunuh diri tak menjadi. Macam mana boleh tak menjadi ? yang tu, korang kene baca yee.. kalau cite sini tak surprise laa..

Bermula dari situ, banyak perkara yang tak tercapai akal yang berlaku kepada Aleeya. Bermacam-macam jenis orang yang datang bukan sekadar untuk bagi nasihat tapi bagi sedarkan Aleeya dengan kesedaran yang sungguh-sungguh sehingga tahap, Aleeya sendiri dapat rasa balasan dan seksaan kepada segala dosa yang dia lakukan.


REVIEW

Ika sangat suka dengan buku-buku beliau. Sampai sanggup buat pre order dan tunggu dengan penuh kesabaran ok..  hahaha korang boleh baca kat sini kalau sudi   > Buku Pre Order pertama Atikah <  

Ika ulang baca buku ni for few times. Sungguh. Tak tipu. Sebabnya setiap kata-kata dalam buku beliau sangat menginsafkan dan buatkan kite berfikir tentang satu je, AKHIRAT. 

Realistik atau fantasi ? Untuk soalan ni, kite kene yakin yang tak ada yang mustahil bile Allah mengkehendakinya. :) 


QUOTES


Iblis dan pengikutnya akan berputus asa pada perkara yang besar tetapi sesekali tidak akan berputus asa pada perkara yang remeh.

- Lelaki Kudung -
________________________________________________________________________________

 Selagi kau mencari manusia, selagi itulah kau akan kecewa. Jadikanlah manusia hanya tumpangan bukan tujuan kerana mereka memiliki hati yang berolak-balik sentiasa, keinginan dan kehendak yang dilapik dengan nafsu dan syaitan.

- Nenek -
________________________________________________________________________________

 La Tai-asu Min Rahmatillah..
Janganlah sesekali kau berputus asa dengan Rahmat Allah.

- Seruan Dari Langit -
________________________________________________________________________________

 Cinta adalah segala-galanya, tetapi bukan untuk dan kerana manusia. Aku dihantar kedunia hanya sebagai petani yang bercucuk tanam dengan amalan kebaikan, nanti segala hasil tuaian akan aku rasakan pabila saat kakiku dan kakimu melangkah ke syurga. 

- Aleeya Qistina -
________________________________________________________________________________


RATING & RECOMMENDATION


Rate :    

Ika sangat-sangat recommend kan korang untuk baca novel ni. Tapi sebelum tu, do finish your work first sebabnya bile korang dah mula baca, akan susah nak stop. Sebabnya setiap bab misteri korang tak akan jumpa jawapannya kat ujung bab tu. Misteri akan terungkai di hujung buku ni.. 

Dah sampai ujung tu korang akan rasa.. wow   

Untuk sesiapa yang nak dapatkan buku ni, boleh berurusan dengan adik ni, service tiptop .

Iffah Izzati 
011 -1229 5286


by, 
   Atikah Tahir.

Comments

  1. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  2. dekat PBAKL mesti ada stock kan buku ni? nak surveyyy!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. adaaa... kalau ada rezekii, dapat jumpa penulis buku sekali hehe

      Delete
  3. singgah dan follow sini #112

    https://ombakbergigis.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. mampu baca tajuk aje la...hahaha. seram tu. Salam kenal, Atikah!

    ReplyDelete
  5. wah macam menarik jeer...lama dah perhati buku dia ni...mesti best seller kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Contact Form

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Atikahtahir has read 1 book toward her goal of 20 books.
hide

Followers

Total Pageviews