Little life update

by - 20:56:00

Hai blog...

Haii selepas beberapa bulan diam sunyi tanpa update apa-apa.

Hari ni ika kembali update blog ni. Tajuk pun dah little life update kan, jadi kat sini ika nak ceritalah sikit apa yang terjadi sepanjang ika menghilang *wwuusshhhh* (bunyi affect dari gompolan asap macam dalam cerita kartun).

Nak simpan banyak kenangan kat sini..

Jadii jom kite mulakan,

1. Sambung belajar.

sorry... mind that annoying face haha. Time ni baru lepas kelas.
Tu yang muke semacam jee. haha

Seketul Atikah dah sambung belajar di UiTM Shah Alam.  Sapa student uitm mesti familiar dengan perkataan 'penerapan' kan? Jadi ika salah seorang student penerapan uitm. Bagi universiti lain ika tak pasti ada ke tak program penerapan ni. Penerapan ni serap masuk dalam uitm. Maksudnya diploma uitm diserap  masuk untuk progrem ijazah sarjana muda (degree). Kalau sambung bidang yang sama dapat lah transfer credit, jadi terus masuk semester 3 atau 4. 

Macam ika, ika lari sikit dari bidang sebelum ni maksudnya, masa diploma ika bidang bangunan, kalau ika sambung degree dalam bidang pengurusan binaan (construction management) ika akan terus masuk ke sem 4 tapi untuk dgree ika lari sikit, ika masuk ukur bangunan. Hahaha murtad lah sikit kann tapi tak fully murtad sebab masih lagi dalam bidang binaan. Jadi ika masuk sem 3. Kalau pure ukur bangunan masa diploma, untuk degree akan masuk semester 4.

Macam mana degree life? Wait for another posting..


2. Atikah dah convo gaisss.

Yeeaayyy. Alhamdulillah. Atikah dan kawan-kawannya dah konvo.

Kami konvo pada 17 hb 4 2018. Hadiah untuk ibu dan ayah. Birthday ibu dan ayah ika pada bulan 3. Jadi konvo ni hadiah untuk mereka. Seronok sangat tengok ayah dan ibu happy.

Sebenanarnya nak update jugak pasal konvo ni tapi masa sangat sigkat dan ika masih lagi cuba suaikan diri dengan degree life masa tu. Jadinya, ika hold dulu. InsyaAllah cuti sem ni ika nak  update blog, dan nak blogwalking. Rindu nak buat tu sume. sob.. sob..

Doakan Atikah kenkawan. Nah ika belanja satu lagi gambar. 


3. Laptop rosak...

Ni satu lagi kisah sedih si Atikah. Nasib baiklah laptop tu buat hal lepas hantar assignment apa semua kalau tak, jenuh nak cari, pinjam laptop orang. Orang lain pun nak guna jugak kan tambah lagi ujung sem tu lah waktu genting student nak buat assignment, nak hantar.

Nasib baiklah ada kawan yang pandai baiki. Tulah orang kata, kawan dengan orang dari pelbagai bidang pape senang nak rujuk. Eh betul lah kan ? haha. Walau apa pun thanks to Muhammad Aiman yang tolong baiki laptop tu. Gelabah sangat bile tengok screen tu berkelip. Cepat-cepat rujuk dia. Esoknya tu, hantar laptop tu kat rumah dia.

Beberapa minggu laptop tu kat rumah dia, (siap format lagi ehh). Dia update and tanya nak install pape tak? dan dengan selamba tu jugalah seketul Atikah ni demand macam-macam kat dia. Nak aplikasi tu lah ni lah. Anti virus lah apa lah.. Bile tanya harga sume berapa nak bayar, dengan selamba dia tolak and kata 'aku tak ambik bayaran dengan kawan-kawan'

Tulah lah Aiman yang sama kenal masa kat sekolah menengah dulu. *tersentuh*


4. Pakai braces?

Ika masih lagi dalam process untuk pakai braces. Setakat ni baru ukur gigi dan x tray gigi. Ika buat kat Nur Ain Dental kat Ayer Keroh. Doc Ain kata, ika kene rujuk pakar jadi disebabkan Doc pakar cume ada pada hari sabtu (hmmm) ika kene lah tunggu giliran. So next appointment, tok pasang braces ialah pada awal bulan 8. Rasa takut lagi nak pakai braces. Walaupun dah pergi ukur gigi, ika masih rasa nak batalkan niat untuk pasang braces.

Dilema...

5. Book:


Kalau ada yang perasan, kat sidebar ika yang last sekali tu ada widget untuk reading challenge. Hehe baru 43% progress. Malunyaa.. Tak tahu lah berjaya atau tak baca 30 buku tu.

Tak banyak progress yang ika dah berjaya buat. Sepanjang sem 3 ni, ika cuma berjaya baca 3 buku, buku yang ika pinjam dari roommate ika, Jangan baca buku ini penulisan Ismi Fa Ismail, buku yang ika pinjam dari sepupu ika, Gantung 2 penulisan Nadia Khan dan buku yang ika sempat beli sebelum bertolak ke Shah Alam, Surat untuk orang yang putus cinta penulisan ustaz Adnin.

Azam cuti sem ni, nak baca buku yang dalam list.

Jadi ni antara buku yang ika sempat baca. Ada tiga buah buku yang tak ada buku Hitler, sepupu pinjam tak sempat nak ambik gambar lagi, buku gantung 2 dah pulangkan and satu lagi yang pinjam kat roommate, jangan baca buku ini


Posting buku akan datang:

1. Surat untuk orang putus cinta - Ustaz Adnin
3. Gantung 2 - Nadia Khan
3. Impian Jalana - Teme abdullah
4. Empayar Hikayat Putera Tanpa Nama - Teme Abdullah
5. Hitler - Al Ghazali
6. Asrama - Muhammad Fatrim
7. Asrama 2 - Muhammad Fatrim

Doakan kan si Atikah kuat untuk habiskan draft buku-buku yang disenaraikan..

Sampai sini dulu gais..

Jumpa lagi nanti untuk next post.


You May Also Like

14 comments

  1. Hi Ika! Salam perkenalan dari Syaza. Jom la aktif blogging balik jom2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiii syaza.. Salam kenalan jugakkk. Jom jommm hehehe

      Delete
  2. All the best for your studies and also congrats you finally graduated!
    Ive read gantung 2, asrama. Will read asrama 2 soon! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii Nurul... you too ok.. all the best for your final. and thank you dear.. hehe please do read asrama 2. Best... hehehe

      Delete
  3. wah serononya dah convo. tahniahhhhhh. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 119

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe alhamdulillah. Terime kasih Aisyah.. saya singgah tadi blog awak, terus follow awak balik ..hehehe

      Delete
  4. congratulation for graduating! honestly degree life is so stressful but we have to face it anyway haha! btw buku asrama tu best tak? waiting for your review hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terime kasih Husna. hehe kaannn.. beze sangat masa diploma dulu. sob...sob..
      Hehehe bagi ika buku asrama best. penuh misteri. Nanti saya buat review yee hehe

      Delete
  5. hai ika! sama dgn adik jaja, dia pun sambng penerapan di uitm shah alam :)

    ReplyDelete
  6. May Allah ease everything for you :)

    ReplyDelete
  7. Tahniah for your graduation! Good luck for your future undertakings :)
    Buku Asrama tu best cuma Asrama 2 je belum lagi :D

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auuuwww Terime kasih Fatina.. hehehe
      Bestkann.. tapi tulahh, tak berapa puas hati sangat dengan ending dia.. sob sob

      Delete