Atikah Tahir

Lifestyle blogger

Hello
I'm Atikah, a 26-year-old blogger who loved books, green tea, rainy
day, and cute things. Welcome to my place where I share my thought and everything that I love.

Tips | Cara Mudah Bina Rumah Di Syurga by Ustaz Dato'. Hj. Badlishah


Assalammualaikum semua..

Ni haa baru lepas kemaskan habuk kat blog ni..
Lama betul dah rasanya tak singgah sini sampaikan sarang labah-labah pun ada  .
*Geleng seribu kali *

Tulah., orang kata jangan layankan sangat blogging slump ni, sebab nanti akan lebih melarat. Korang yang mungkin tengah melayankan blogging slump tu, henti kan lah ye. Tampar manja sikit pipi tu supaya sedar dari mimpi..

Ok teman-teman sekalian,

Untuk first entry setelah sedar dari mimpi, ika nak share info yang ika dapat masa dengar ceramah Ust Badlishah hari Sabtu ( 21 Oct 2017) hari tu, iaitu tips mudah untuk bina rumah di syurga. Tajuk pun dah syok kan.. Ehh... sapa tak suka kan buad benda senang, buat sambil duduk lepak rehat kat kerusi malas pun boleh dapat rumah kat syurga ! Gile best.. Bukan macam rumah kite yang sekarang ni yep.. tapi rumah yang gah se-gah istana !  MasyaAllah.. sapa tak nak kan.. Rugi-rugi.. kat dunia tak dapat macam ni. Nama sahaja rumah mampu milik tapi, setakat mampu tengok je laa. Kann..

Hmm.. Tak best la kalau ika nak simpan sensorang tips ni kan. No selfish-selfish ok..
So meh sini rerapat biar sampai kehati, biar sampai kite boleh berjiran kat syurga nanti ok... 


        


Tips mudah untuk bina rumah di Syurga :

  Tip   :  Bangunkan atau bina masjid kerana Allah.

'Ehh macam mana pulak dengan saya ni yang tak ada banyak duit nak buat masjid?  '. Bawak bertenang yer awak... kita boleh jee, bantu dari segi lain macam maintenance masjid, sekali sekala tu bayarkan bill air, atau sekecil-kecil bantuan kite bantu jaga kekemasan masjid, bantu penuhkan duit tabung masjid.. Ust bagi cadangan, tubuhkan gang cuci telekung . Its a good idea. Kite mudahkan urusan orang lain, Allah mudahkan urusan kite.


  Tip   : Berjemaah waktu Subuh atau Isyak.

Kenapa waktu Isyak ? kenapa bukan Maghrib ?
Kadang, kite sendiri waktu Maghrib masih lagi kat jalan sebab jam dan tak sempat untuk solat berjemaah jadi sebelum sampai rumah tu boleh lah kite singgah di masjid untuk solat Maghrib and tunggu untuk solat Isyak. Islam itu kan mudah.

Zaman Rasulullah dan para sahabat dahulu, sesiapa yang tak pergi solat jumaat atau lewat, maka sahabat yang lain akan datang ke rumah orang yang lewat atau tak pergi solat jumaat tu untuk ucapkan takziah selama tiga hari.. Itu solat jumaat, inikan pulak solat fardhu. Mereka sangat menjaga solat berjemaah.

Kuatnya tarbiah yang bibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w.   rindunya..


  Tip   : Menyambung kekosongan atau barisan dalam solat.

Maksudnya, rapatkan saf. Kalau kite solat berjemaah, imam selalu pesan 'Rapatkan saf.. Bahu ke bahu... Ni pengalaman saya sendiri., masa tu solat terawih. Makin saya ketepi rapatkan saf, orang sebelah macam ketepi tak nak rapat dengan saya, saya terus menghimpit lah sebab memang niat nak rapatkan saf. Sampailah orang yang bahagian ujung saf tu bersuara ' boleh tak kesana sikit, sempit lah. Banyak lagi ruang kat sana.' . Saya speechless tak tahu nak jawab apa dan nak buat apa . Jadinya kenkawan sekalian, bile nak solat berjemaah, rapatkan lah saf sehingga bahu bertemu bahu. ok ?

Cer teka sapa yang masuk kat celah-celah barisan saf yang tak rapat? Betul.. syaitan. Ok lepasni, kite sama-sama rapatkan saf ok sampai syaitan tak dapat nak menyelit.


  Tip   : Buat solat rawatib.

Solat sunat rawatib ni, solat sunat yang kite buat sebelum atau selepas solat fardhu. Dua rakaat sebelum subuh, dua rakaat sebelum dan selepas zohor, dua rakaat selepas maghrib dan dua rakaat selepas isyak. Ada sesetengah masjid atau surau, jemaahnya buat solat sunat rawatib ni sebelum solat maghrib.. tak salah pun tapi tak disunatkan. Tapi solat sunat sebelum sunat sangat-sangat dituntut sampaikan kite boleh qado' . 


 Tip   : Banyakkan baca surah al-ikhlas.

Baca surah al-ikhlas min 10 kali satu hari. Surah al ikhlas ni, ada banyak sifat-sifat Allah dan Allah sayang pada orang yang suka dan cintakan surah ni.. Mehh... nak share tip mudah untuk kite amalkan surah ni.. jadikan surah ni, surah yang wajib kite baca selepas Al Fatihah.. ok? Semoga kite sesama dapat amalkan.


 Tip   : Cakap yang baik-baik.

Cakap elok-elok, baik-baik jangan sampai lukakan hati orang lain dan yang paling penting sekali, jangan sehingga memaki hamun orang lain.. Zaman sekarang ni, nak panggil nama kawan pun dengan nama dia ni  . Kite dengar pun tak best kan... Bukanke apa yang kite cakap tu seperti doa? Jadi kite cakap yang elok-elok, kite doa yang elok-elok.


 Tip   : Bagi makan fakir miskin.

Hat ni, bukan terikat pada fakir miskin je ye. Boleh je belanja kawan-kawan makan.. Tapi, utamakan ahli keluarga kite..Pendek kata, kite niatkan untuk sedekah.. Bukan je dapat pahala sedekah tapi dapat pahala gembirakan hati orang lain juga.. Macam kite jugak lah kan, tak kan lah tak seronok bile ada orang belanja  .


 Tip   : Elakkan ajakan berdebat walaupun kite benar.

Sesama islam tak sepatutnya berdebat atau ada istilah berdebat antara kite. Berdebat tu untuk orang yang bukan islam, tapi kite sesama islam sepatutnya kite ber musyawarah. Musyawarah tu bermaksud berbincang. Kerana apa ? kerana umat islam itu sepatutnya bersatu bukannya berbalah. Kalau kite tengok kawan kite ni macam nak menang jugak, kite diam je la.. kalau kite pun membalas kemukinan besar boleh bergaduh.


 Tip   : Tinggalkan berbohong walaupun, bohongnya itu akan membuat orang ketawa.

Kite sendiri tahu kan berbohong itu satu budaya yang tak elok. Boleh je benda yang betul tu dijadikan bahan lawak. Point kat sini sebenarnya ialah, jangan berbohong.


 Tip    : Bersabar atas kematian anaknya.

Setiap kali, malaikat mencabut nyawa, Allah akan tanya pada malaikat keadaan ibu bapa kepada yang dicabut nyawa tu, kalau ibu bapanya bersabar nak berzikir, jadi Allah akan membuat sebuah rumah dan ditandakan sebagai 'rumah puji pujian' untuk hambanya . Betul lah kan orang kata, Allah akan mengantikan kehilangan kite dengan sesuatu yang lebih baik.


 Tip    : Siapa yang elok perangainya.

Apa yang dikatakan elok perangainya ni ialah seseorang yang hidupnya tak susahkan orang lain, suka tolong orang walaupun bukan kemahiran kite dan muka mesti sentiasa manis maksudnya jangan masam-masam dan sentiasa senyum. Cube cek diri kite ni.., ada tak ciri-ciri orang yang elok perangainya ni... kalau tak ada kite ubah. Saya sendiri banyak yang perlu diubah. Doakan saya jugak ye..


 Ustaz pesan dalam bahasa jawa, tapi ni saya dah translate dah yee, 5 perkara tuhan mudahkan urusan kite ke syurga ialah :

1. Baca al-Quran dan maknanya.
2. Solat malan jangan tinggal.
3. Berkumpul dengan orang alim (cable untuk masuk syurga)
4. Banyakkan berpuasa.
5. Panjangkan berzikir. (Astagfirullahalazim, zikir yang Allah suka... )


        


Sebenarnya banyak lagi tip-tip yang dikongsikan oleh Ust. Badlishah, tapi nilah yang paling mudah untuk kite praktikan.

Semua orang impikan syurga tapi apa usaha kite untuk ke syurga?
Semoga kite sama-sama diterima masuk ke syurga yang kite idam-idamkan. Doakan saya jugak yang banyak kekurangan  .




Comments

Post a Comment

Contact Form

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Atikahtahir has read 1 book toward her goal of 20 books.
hide

Followers

Total Pageviews