Boat Noodle, Mahkota Parade, Melaka.



Haii semua 

Kalau korang perasan, boat noodle ni salah satu location WednesDate hari tu..
korang boleh usya entry tu kat  sini .

Jadinya, hari ni saya nak cerita lebih lagi tentang restaurant ni. 

sumber

  Nama Restaurant : Boat Noodle
      Lokasi : Mahkota Parade, Melaka.


Restaurant ni baru je bukak cawangan di Melaka dalam bulan January 2017. Macam gambar kat atas ni, masa ni awal-awal bukak hari tu. Ramai kan?

Tengok keadaan macam ni, saya terfikir macam mana la keadaan mereka yang bekerja kat situ.
Hmm  memang penat la kan ceritanya.. Terus teringat moment masa kerje kat pizza hut dulu. Seriuss penat ..



 Tentang Boat Noodle dan sejarahnya: 

Sapa kat sini pernah pergi thailand ? angkat tangan macam ni ..

Haa makanan ni asalnya dari sana laa, Thailand. Boat noodle ni ada jugak nama panggilan lain iaitu, Kuai Tiao Ruea. Makanan ni di namakan boat noodle, sebabnya dulu ada boat kecil ni yang menjual mi (noodle) kepada nelayan dan peniaga yang melalui terusan tu. Jadinya, nelayan tersebut tak perlu lah susah-susah nak naik ke darat untuk membeli makanan serta mereka dapat menjimat kan masa..

Mereka menyediakan makanan tu di atas boat tu sendiri., sebab itu lah namanya boat noodle. Jadinya, untuk mengelakkan masalah makanan tumpah dan sebagainya, mereka menggunakan mangkuk yang bersaiz kecil. Unik kan?  .

Dari segi harga pulak , satu mangkuk tu berharga RM 2.01 (including GST yee). Korang boleh pilih antara dua jenis kuah phatumtani atau ayuthaya. Kedua dua jenis kuah tu sedap. Kalau korang suka makanan yang pedas, kuah phatumtani adalah pilihannya tapi ada jugak kan yang tak suka pedas jadi kuah ayuthaya sesuai untuk mereka yang tak minat pedas.

Korang kene datang makan kat sini.  


 Menu Restaurant Boat Doodle:

Cara nak order, tulis nama makanan pada kertas yang disediakan kemudian bagi je kertas tu pada pelayan yang ada kat situ.

 Makanan utama.

Kata pun restaurant boat noodle kan..jadi tak sah lah kalau tak rasa benda ni..
Mangkuk tu kecik je, portion makanan dalam mangkuk tu 2 kali suap atau 1 setengah suap untuk orang perempuan dan sudah tentulah 1 kali suap untuk orang lelaki. Jadi, sebaiknya order lebih dari 3 mangkuk.

First sekali, korang order la boat noodle. 

 Makanan tambahan

Lepas makan boat noodle, boleh la add on makanan kat bawah ni..  

Perghhh.... sedapnyaaa..

  

 Makanan berat.

Kalau tak  nak makan noodle, nak makan nasi pun mereka ada sediakan. Makanan style orang thailand .


  

 Minuman dan dessert.

Kalau ada order sangkaya,  selalunya mereka akan hantar dulu sebelum boat doodle. Macam mana tahu? saya perhatikan meje depan. . Okk..untuk sangkaya, ramai yang cakap ia sedap. Sangat tak rugi untuk cuba.

Saya tak pasti pilihan air restaurant boat noodle dekat tempat lain macam mana tapi kat Melaka pilihan air tak banyak. Mungkin sebab baru lagi bertapak di Melaka. Tapi..teringin nak rasa minuman Kaffe Yen tu.. nampak macam sedap je.. 


Sangkaya.... Steamed Bread  
Okk... itu saja pilihan makanan yang mereka sediakan.. 

Nampak sedapkan semuanya  .. baru tengok gambar.

Isu halal pulak, jangan risau. Sebab restaurant ni memang halal. Tukang masak mereka pun semuanya orang melayu.

Sijil Halal, Kebersihan dan lain-lain

 Review saya : 

 Kat bawah ni, apa yang kami order hari tuu  .. 

  Portion makanan dan harga bagi saya sebenarnya agak mahal. 

  Makanan dan minuman, serius memang sedap terutama sekali green tea 

  Kebersihan dijaga. 

  Service cepat tapi sayang nya pekerja mereka tak reti senyum 

  InsyaAllah akan datang semula untuk sangkaya dan green tea  


Ada siapa-siapa yang berminat nak pergi?? Sebelum pergi, bolehlah tengok instagram dan web boat noodle ni    





Rating dari saya, untuk restaurant ni ialah,

Over 5 :   

Akhir sekali daripada saya, 
Selamat menjamu selera   



3 comments:

  1. Tengok menu diaaaa. Goshhh terliur hahaha

    ReplyDelete
  2. saya suka thai green tea..rasanya memang terbaik

    ReplyDelete
  3. Siqah tak pernah lagi makan Boat Noodle. Hihi. Biasa lalu je, sebab ramai je orang. Malas nak singgah.
    Tapi Siqah pernah minum CHill Chill! Sedapp <3

    ReplyDelete