Atikah Tahir

Lifestyle blogger

Hello
I'm Atikah, a 26-year-old blogger who loved books, green tea, rainy
day, and cute things. Welcome to my place where I share my thought and everything that I love.

Book review : Impian Jalanan by Teme Abdullah



Selepas berkira-kire nak buat posting yang mana dulu antara label untuk food, personal / blogging, travel, or book...

Ika pilih label book dulu..

Rasa teruja dengan flat lay sendiri. haha. Ingat senang nak tangkap gambar flat lay ni tapi sebenarnya susah jugaklah. Nak dapatkan idea lagi. Tapi, pinterest sangat-sangat membantu. tq pinterest. Ni kiranya, gambar flat lay ke 4  yang ika tangkap.

Ok..

Kali ni, ika nak buat review tentang buku Impian Jalanan yang ditulis oleh Teme Abdullah. Ika beli buku ni masa di Pesta Buku di PWTC. Kombo sekali dengan buku Empayar hikayat putera tanpa nama. 



SINOPSIS

Untuk buku beliau yang ke tiga, mengisahkan macam mana azam dan kecekalan Iskandar  dari kecil yang bercita-cita untuk menjadi seorang architect dan juga pelukis. Rasa kagum dengan usaha Iskandar dalam berusaha mencapai apa yang dia hajati, cita-citanya.  

Iskandar seorang budak yang bijak dalam mengatur strategik untuk mencapai apa yang dia ingikan. Kite boleh nampak macam mana Iskandar berusaha untuk menang pertandingan mewarna peringkat daerah. Latihan yang dia lakukan dalam mantapkan skill melukis dan mewarna.

Dia tahu dia bukan seperti orang lain. Ibu bapanya tak mampu untuk menghantar dia ke kelas tuisyen mewarna dan melukis jadi masa yang ada di gunakan sebaiknya dalam melatih diri untuk memantapkan lagi skill melukis dan mewarnya. Macam mana caranya Iskandar melatih diri nya ? haa tu korang kene baca sendiri ok..

Dari sekolah rendah lagi Iskandar dah belajar untuk mencari duit dengan lukisannya. Kagumkan?

Dia tak pernah kenal erti putus asa. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.

Dalam masa yang sama Teme mengajar kite erti keihlasan dalam membuat kebaikan. Kite boleh nampak macam mana dia beri gelandangan makanan tanpa mereka sedar atau tahu siapa yang memberi makanan tersebut kepada mereka.

Sungguh bile baca buku ni, terasa sangat didikan awal pada kanak-kanak itu penting. Bagi ika, iskandar di didik dengan baik oleh ibunya. Kite boleh lihat bagaimana ibunya menasihati Iskandar.

REVIEW

Teme Abdullah seorang penulis yang berjaya suntik semangat dalam diri ramai orang termasuk ika sendiri. Sangat termotivasi dalam setiap kata-kata dalam buku beliau. Beliau sangat cekal dalam apa yang dilakukan. 

Sejujurnya ika sendiri tertanya-tanya macam mana Teme boleh menulis buku dalam masa yang sama final untuk architecture courses dan bekerja untuk tampung perbelanjaan belajar. Kite sendiri tahu kan macam mana sibuknya student architecture tu..

ok boleh rasa nak menangis teringat memori masa ika jadi student landscape architecture dulu .

Ika sangat suke baca buku penulisan Teme Abdullah. Tak miss untuk tag ayat-ayat yang best-best dari buku beliau.

Dan seperti biasa setiap kali baca buku Teme mesti akan rasa jeles dengan persahabatan antara Iskandar dan Ahmad. Sweet sangat. Kadang rasa macam baca novel cinta pulak. Kadang sedih, gelak, geram. Hahaha.

QUOTES

Dunia ni gurauan saja... You're something. But you're actually nothing. 

- Iskandar -
________________________________________________________________________________________

The goal is not to have all you want, but to feel content with what you already have.
Success is not defined by how much money you make but by how you can be at peace and 
happy, even when you have zero in your bank account

- Ahmad -
________________________________________________________________________________________

Yang mustahak bukanlah setinggi mana mimpi kalian.
Tetapi setinggi mana semangat dan jiwa kalian untuk melaksanakan mimpi itu.

- Teme Abdullah -
________________________________________________________________________________________

The beginning is always the hardest,
always.
But if you refuse to give up and keep investing your
effort in it,
Someday, you'll look back to a life you won't regret.
It worth your struggles. 

- Teme Abdullah - 
________________________________________________________________________________________


RATING AND RECOMMENDATION 

Rating: 4 half / 5 

Ika suka dengan penulisan Teme Abdullah. Setiap kali balik asrama, ika akan bawak sekali salah satu collection buku beliau. Setiap kali rasa down dengan assignment ika akan baca bahagian yang ika dah tag tu.. ia sangat membantu bagi ika. 

Student atau bukan student korang digalakkan baca buku Teme untuk dapatkan inspirasi. Kalau Teme boleh, kite pun boleh kan... 

And last sekali nak ucapkan terime kasih pada yang belanja ika kombo buku Teme ni .




Terima kasih 

Comments

  1. tak baca sinopsis & review, terus ke quotes sebab saya tak baca buku ni lagi. ada kat rak tu, duk simpan hahaha. love all the quotes <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe nanti sayidah baca lahh.. best.. belakang sekali tu ada galeri + quotes

      Delete
  2. Tak pernah lagi baca buku by Teme, baru bulan lalu tergerak nak beli rupanya ada trilogi. hehe. takpelah, pelan2 kumpul buku lain. :D

    The Hundred Pages | Eyqa Zq

    ReplyDelete
  3. Tak lama tak baca novel jenis jenis macam ni sekarang ni. Sekarang sibuk baca buku parenting, resepi dan bisnes je. Itu pun kalau ada masa. Kalau tak, baca muka anak je sepanjang masa hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tak pee.. kawan saya yang dah ada anak pun kata, sekarang dah tak sempat dah nak baca buku yang macam tu..

      Delete
  4. Buku yang menarik ni. Syira kagum dengan kesungguhan iskandar dalam mengejar cita cita hidup dia. Banyak pengajaran yg boleh kita terapkan dalm hidup kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaannn syieraa.. kagum dengan kesungguhan dia.

      Delete
  5. wah bagus la buku ni. Lama tak buat post buku review. Menarik juga idea flatlay foto tu. Nak belajar gak la tips tangkap gambar flat lay

    ReplyDelete
  6. hai tikah. done folo u. akak di melaka juga :)
    nice. menarik. akak akan cari buku ni utk anak akak.
    motivasi, kan...
    quotes tu semua, nice jugak. jadi inspirasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii kak adianiez... best buku dia.. semoga anak akk pun terinspirasi.. :D

      Delete
  7. suka baca quote Teme tu..deep maksud dia..bila nak rajin baca buku atau novel macam ni..tp jarang juma kawan2 lelaki yg suka baca buku/novel mcm ni..

    ReplyDelete
  8. Fatin anak saya minat baca novel yang macam ini... kami ada minat yang sama tapi citarasa berbeza.. Nanti mesti Fatin nak beli ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sweetnyaa.. ibu dan anak kongsi minat yang sama. Beli lahh..sangat termotivasi :D

      Delete
  9. Macam menatik saja buku impian jalanan ni.dekat mph atau popular ada jual ke?quotes yang ada semua menarik dan bagus memberi inspirasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik kann... ada-ada.. kat mana-mana kedai buku ada jual. tapi saya cadangkan beli online dekat iman publication. kadang ada promosi kombo. :D

      Delete
  10. suka dengan flatlay buku nii..gehehe kreatig..[penulisan penulis bersahaja tapi penyampaian mmg sampai ke jiwa..byk quote menarik blh dijadikan inspirasi... :-)

    ReplyDelete
  11. Teme Abdullah pastilah penulis Malaysia yang punya banyak karya. Senanglah dia sudah bisa di kenang lewat tulisannya walaupun dia sudah tiada masih tetap ada bukunya punya amal jariah

    ReplyDelete
  12. Dah lama saya tak baca novel, yang terakir pun ketika cinta bertasbih jilid dua dulu. Itu pun dah lebih 10 tahun lepas baca. Hehe

    ReplyDelete
  13. Bahan bacaan yang bermanfaat akan membantu kita memberi makanan kepada otak supaya menjadi semakin bijak. Selain itu, membaca buku juga akan meneruskan kelestarian industri penerbitan di Malaysia

    ReplyDelete
  14. Salah satu cara yang bai untuk isi masa lapang ialah dengan membaca buku buku bermanfaat seperti ini. Baguslah kita baca buku. Tapi novel ni tak semua ilmiah pun

    ReplyDelete
  15. Lama dh tak baca buku atau novel. Sibuk gan internet je skrg sampai dh x baca buku dah. Dulu rajin jugak membaca tapi bila diri sendiri sibuk dok menulis sampai x sempat nk membaca buku..hehe

    ReplyDelete
  16. Belum pernah baca buku beliau. One of my dreams nak hasilkan sebuah buku sendiri. Bestkan ada buku sendiri. hehehe

    ReplyDelete
  17. Menariknya quotes tu semua. Kita kena ada satu.sebab kadang kalau kita baca quotes ni ,ia juga boleh bantu menaikkan semangat kita jugakkan

    ReplyDelete
  18. Dah lama tak baca buku macam ni. Sebab terlalu ramai penulis baru. Kadang fiksyen melampau pun tak best. Akak suka baca buku yang ada pengalaman dan selit la Mutiara kata kehidupan. Hehe. Nanti akak cari buku ni k. Macam best he.

    ReplyDelete
  19. Rajin baca buku dapat banyak ilmu, tahniah lah. Saya pun banyak baca buku sebab saya memang dah peruntukkan bajet setiap bulan

    ReplyDelete
  20. Nak beli tapi my adik cakap buku dia selalu habis

    ReplyDelete
  21. ada jugak niat nak membaca buku ni, nanti nak pinjam kawan punya la hihi

    ReplyDelete
  22. baca yg arkitek jalanan tu je, yg lain tak baca lagi takde mood nak membaca sekarang..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Contact Form

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Atikahtahir has read 1 book toward her goal of 20 books.
hide

Followers

Total Pageviews