Atikah Tahir

Lifestyle blogger

Hello
I'm Atikah, a 26-year-old blogger who loved books, green tea, rainy
day, and cute things. Welcome to my place where I share my thought and everything that I love.

Outdoor activity di Redtma Adventure Urban Park.




Memandangkan Fiqa dah nak balik Kedah tak lama lagi, jadi kami pilih Redtma Adventure Urban Park untuk kami spent time sesama. Lepas ni, kene tunggu lagi 6 bulan, Fiqa cuti sem baru boleh spent time sesama .

Kami pilih Redtma Adventure Urban Park, sebabnya semua aktiviti outdoor ditawarkan dengan harga yang sangat murah. Selain dari ada macam-macam aktiviti outdoor, kite boleh jugak sembang-sembang atau nak berkelah pun boleh tapi kat sini ada kedai makan yang sediakan makanan yang sedap dan boleh makan tepi tasik romantik-romantik gituuu  . Kat bawah ni, gambar harga setiap game yang ada.


Murah kan?? Kalau nak main paintball, kene tempah dulu jadi pihak Redtma Aventure Park akan siapkan semua keperluan tapi dengan syarat cukup 12 orang yee.. kalau nak tempah untuk team building activity pun boleh. Apa pun boleh contact terus ke nombor yang tertera kat gambar ni.


Tapi....

Date kali ni, kami tak date berdua. Kali ni special sikit sebab Fiqa bawak kawan-kawan baik dia sekali.. Oleh itu, bertambah lagi la koleksi kawan ika 


Kenalkan, yang comel berspek mata ni Sharf , sebelah dia yang bertudung malu-malu ayu tu Ain, yang sebelah tu yang nampak cool tu, Fifa sebelahnya tu cool kuasa dua, Fiqa dan abaikan yang tudung kelabu tu. Hikhiks.


 



Selesai sarapan pagi, kami dah sedia dah nak ber-aktiviti. Di Redtma Adventure Park, kite boleh tengok senarai aktiviti di satu papan berdiri berdepan dengan pintu masuk jadi bila masuk dah boleh terus daftar untuk game. Atas persetujuan semua orang kami pilih dua permainan iaitu memanah  dan berkayak .

Sebelum kite main aktiviti basah, kite main dulu aktiviti kering. 


Game  : Memanah 
Harga : Rm6 (setiap team) 

Kami mulakan aktiviti kami dengan memanah dulu. Untuk game memanah ni, kami lawan dengan bahagi kan dua team. Team A, ika dan Fiqa. Team B Sharf dan Fifa.   

Nah, kami belanja gambar.. 



Jangan risau soal keselamatan, setiap game akan ada orang yang jaga dan ajar kite main dengan cara yang betul. 

Pusingan pertama, Fiqa lawan dengan Fifa. 

 Pusingan kedua Ika lawan dengan Sharf. 

Cer teke team mana menang ?  

Team Ika dengan Fiqa menang hahaha   . Tapi semua ucapan tahniah tu selayaknya memang untuk Afiqa lah sebabnya dialah penyumbang markah terbesar dan saya hanya menumpang nama hehe 

Untuk game seterusnya, kami pilih aktiviti berkayak. Untuk aktiviti ni, Sharf dengan Ain tak join sekali kami berkayak tapi mereke main congkak. 


Game : Berkayak 
Harga : RM4 (main la sampai puas)

Untuk aktiviti air ni, sebelum kite memulakan permainan, kite akan diberi pencerahan cara main dengan betul dan cara pakai life jacket dengan betul. 

Tapi untuk aktiviti air, bagi ika memang mencabar diri sendiri la. Ika memang takut sikit nak mencuba aktiviti yang ada kaitan dengan air. Kalau mandi laut ika akan masuk sampai paras pinggang je., tu pun dah rasa dalam dah tu tapi memang jarang la mandi laut tu. Selalunya akan dok tepi jela, buat istana pasir sambil perati adik-adik mandi laut. 

Apapun, ika nak ucapkan tahniah la untuk diri sendiri sebab dah berjaya beranikan diri untuk mencuba. 



Time ni dah rasa ok sikit dengan kayak. Cuak tu ada tapi tapi kurang laa.

Fifa la yang win antara kami.. dia berani untuk main kayak solo sedangkan dia dah lama tak berkayak.  

Jujur, memang getar nak turun dari boat tu (tak tahu la apa nama betul dia  ) 

Inilah dia game yang kami main untuk date kali ni. Sebelum ni, kami ber- wall climbing boleh tekan SINI . 

Total kami spend duit kat Redtma Adventure Park ni RM7 seorang. Ok ke ok ? haha Redtma Adventure Park ni, sangat dekat dengan tol ayer keroh dan berjiran dengan zoo jadi boleh pilih mana pilihan hati. 

Untuk Redtma Adventure Park ni, Ika bagi   / 5. 


Bile dah ber-aktiviti ni mesti laparkan.. kan ?? 

Pada awalnya kami nak ber- food hunting la, nak try floyd kitchen tapi disebab kan floyd kithen tutup, boat noodle la menjadi tempat persinggahan. Yeahh.. memang craving sangat dengan green tea dia.. Superb and must try. 

Untuk Afiqa and the geng.. terime kasih sudi luangkan masa.., Sharf, terime kasih ye belanja ayat ayat pickup line . InsyaAllah., ada rezeki ada jodoh kite jumpa lagi.. 

- Atikah -

Comments

  1. Best juga. Kena lebih promosi lokasi ini sebab masih belum dikenali. Aktiviti menarik dengan harga mampu bayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best2... ramai yang tak tahu tentang tempat ni. tambahan lagi tempat ni terletak agak jauh ke dalam.

      Delete
  2. Eh ada benda ni kat Melaka? Masa study dulu tak tahu pun. Boleh singgah nanti untuk next trip ke Melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ada awak.., dekat dengan tol. and yang bestnya tempat ni berkonsepkan nature.

      Delete
  3. bestnyeeee. i love this kind of activities. followed u back here #87.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah dengar ttg tempat ni..tempat best macam ni patut dipromosikan dengan meluas kan..aktiviti sangat2 menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..betul.. ika setuju dengan amanda. tempat ni menarik and aktiviti kat sini semua nya ditawarkan dengan harga yang murah.

      Delete
  5. Seronoknya join aktiviti2 mcm ni. Harga pun murah dan berbaloi. Satu pengalaman yg bernilai dan menceriakan.. best :)

    ReplyDelete
  6. wow menarik semua aktiviti lebih-lebig lagi aktiviti memanah tu. I gemar betul aktiviti macam tu sebab melatih kita fokus pada sesuatu, thanks for sharing your exp !

    ReplyDelete
  7. Menarik aktiviti yang disertai disitu... pernah try memanah tapi Bonde tak berapa nak focus sangat pada aktiviti tersebut kurang minat, Kayak tu suka sangat... he he he

    ReplyDelete
  8. Murahnya kat sini. Banyak pulak tu aktiviti yg boleh dicuba. Setakat ni archery mmg tk pernah cuba lagi. Berkayak tu seronok!!

    ReplyDelete
  9. tempat mcm ni perlu dipertengahkan kepada masyarakat sebab ianya menarik. lagi satu mmg murah dan berpatutan. ingat nak pergi dengan famili...besh jugak layan...

    ReplyDelete
  10. nampak mcm fun dan sesuai kalau dtg dengan kawan2. murah plak tu

    ReplyDelete
  11. Nampak macam best tempat ni , macam- macam aktiviti yg ada . Memang rancak dan tak bosan

    ReplyDelete
  12. Wah...bestnya byk aktiviti lasak, kak mmg suka aktiviti mcm tu.

    ReplyDelete
  13. Zati suka datang sini main kayak...hehhe

    ReplyDelete
  14. Ooo ada eh tempat camni kat Melaka. Menarik. Banyak aktiviti dan harganya pun berpatutan.

    ReplyDelete
  15. 1st time dengar
    serius murah harga dia
    kalau dekat memang dah terjah dah nih

    ReplyDelete

Post a Comment

Contact Form

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Atikahtahir has read 1 book toward her goal of 20 books.
hide

Followers

Total Pageviews