Powered by Blogger.

BUKIT TINGGI, INDONESIA.

by - Saturday, May 04, 2019

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful



Assalammualaikum

Hari ni, lari sikit dari posting yang sebelum ni since ika decided to start something new here > #1: The starting + Equation of success <. At my previous post, Ika ada mention tentang family trip ika ke Bukit Tinggi, Indonesia. and we enjoy every moment. Alhamdulillah...

Sepatutnya ika tulis post ni minggu lepas. tetapi sayangnya internet di airport Indonesia sangat slow. Jadi ika terpaksa bawa ke minggu ni. As I promise (at least for myself), new post every Tuesday. Hari lain, ika spend untuk tugasan lain macam study, assigment aktiviti kolej and other. So today, as promise. InsyaAllah..

Trip ni ika pergi under package dengan NTC Nahariz Travel Consultant. Kirenya ni trip kedua parents ikut under TNC. Sebelum ni mereka pergi ke Vietnam. Time tu kami semua tak pergi. Walau apa pun terima kasih ayah ibu sebab sponser percutian ni hehe.

Bagi ikaa yang menarik kat Bukit Tinggi ni ialah panorama. Panorama pemandangan desa terindah didunia. MasyaAllah. Perkampangan ni terletak dekat lereng Gunung Merapi, dan berjaya bersaing degan Desa Wengen Swiss, Desa Eze Prancis, Niagara di Kanada dan dese dari Republic Ceko. Good news from Indonesia.. :)

Arrgghh. Can not move on lagii.. T_T .

Ok.. Let's start !!

Day 1:

1. Masjid Raya Sumatera Barat (Sumbar)

Tempat pertama before kami mula journey kami, kami singgah di sebuah masjid yang sangat besar. Menariknya, orang-orang kat sini sangat menjaga culture mereke. Jadi kebanyakkan bumbung rumah atau bangunan menggunakan konsep minang kabau.

Unitnya, Masjid ni tak menggunakan kubah tapi mereka gunekan atap style minangkabau untul kekal kan budaya minangkabau mereka.



One big Minangkabau roof  !! right??  Masjid ni baru sahaja beroperasi sebenarnya dan jadi salah satu tarikan di Kota Padang. If I'm not mistaken, its already take about 4 years and I'm pretty sure it will take a few years more to finish this whole building because I notice some part of this masjid is unfinished. MasyaAllah. May Allah ease everything for them. For me, this is a good idea. As Prophet Muhammad SAW find a masjid first every time stop by for resting before continued the journey again.  :) a good idea as it is easy to excess.

Separuh dari kami sempat solat sunat dhuha while me? Busy with sulking (don't ask why) + exploring the masjid. I'm so fascinated with the architectural concept and design of this building !! the pattern at the roof is a woodcarving. this makes me think about construction and maintenance and about the conservation (i know this is not an old building but I'm just thinking it will be great if the age of the building is over 20 years old). Also excited to see more kind of Minangkabau building design. hmm yeah... - sorry. Typical 'Budak Building Surveyor'. LOL

 by Amirah Tahir


2. Sumpahan Batu Malin Kundang, Air Manis. 

Sumpahan Malin Kundang is one of popular legend story in Indonesia. tapi kalau kat Malaysia, Kisah Si Tanggang. Sama je, dua-dua derhaka pada ibu. 


Ibu nya sumpah dia kepada batu dan masa tu dia tak sempat nak mintak ampun dekat ibunya. Itu yang nampak macam orang yang bersujud. Dia dan jugak kapal yang dia naiki bertukar menjadi batu. Betul atau tak, Hanya Allah yang tahu. Tarikh yang sahih berlaku pun tak dapat ditentukan. Sebab itu kite panggil lagenda. yang penting kite ambik iktibar atas apa yang berlaku.


3. Lembah Anai. 


  

Air Terjun ni ada dekat tepi jalan nak naik ke Bukit Tinggi. Sebenarnya kene bayar kalau nak masuk ke kawasan air terjun ni, tapi ika tak sure berapa rupee sebab kiteorang dah bayar under agent. Menariknya Lemabah Anai ni, orang tempatan percaya kalau basuh muka dengan air terjun ni, akan jadi muda 5 tahun sebelum. LOL. 

Sayangnya, masa kami pergi ni, hari baru lepas hujan in fact, masa amik gambar ni pun, tengah hujan renyai. Jadi air jadi sedikit keruh kalau tak dapat tengok air terjun tu jernih...


4. Tempat Shoping kain sulaman

Kalau tempat shoping kat sini, mereka ada marketing yang menarik. Mereka sediakan pentry ada pelbagai jenis air dan makanan. Boleh bancuh kopi sendiri. Tu tempat untuk orang lelaki sahaja supaya tak ganggu orang perempuan shoping. hahaha. Bijaknyaa... 


5. Shopping di toko Putri Minang dan Mayang Taurai.

Memang rambang mata masa masuk kedai ni. Kain sulam semuanya cantik... nampak lah macam misi cari kain untuk baju raya.. LOL

Kat sini ada marketing yang menarik., iaitu ada ruang pantry untuk orang lelaki yang menunggu orang perempuan bershoping. Walaupun kain kat situ walaupun lelaki mesti akan rambang mata tapi tetap mereka jugak yang siap dulu beli barang. 

Jadi bila ada pantry ni, mereka boleh lah biarkan orang perempuan bershoping dengan lebih lama. LOL. 





6. Makan malam di Ayam Penyet Wong Semarang 


Rating : 4/5 bintang


Day 2:

Selepas sarapan di hotel, tempat yang kami lawat ialah:

1. Rumah Sulam Cahaya Bordir.

While ibu shoping... 

Us while tunggu ibu shoping..
with Kak Emy dan Ibunya.. 
Dan main kerusi roda nenek. 

Dah bosan sangat ke macam mana tu? hah
2. Kerepek Sanjay Ummi Aufa.

Ni pun shoping jugak tapi bukan shoping kain.. tapi shoping kerepek. Sebelum beli, boleh rasa mana yang sedap dan boleh pilih kalau nak yang dah siap packing kat rak atau nak yang panas-panas baru lepas goreng. 




2. Pandai Sikek (Pusat jualan pakaian sulam dan tenunan tangan)



Harga memang mahal kalau nak dibandingkan dengan kain sulaman kat kedai biasa... hasil pun memang cantik. ambil masa 3 hari untuk setiapkan setiap kain tempahan. 


3. Kopi dan Pisang Salai Kiniko.


Siapa peminat kopi? wajib kesini ok. Bagi ika kopi mereka sedap tambahan lagi dengan pemandangan yang cantik dan angin menyapa kulit sekali sekala tuu terasa dingin... syokk kann ? hahaha bahasa sastra kelua. Kopi tu percume je, jadi korang boleh ambil je. Teh pulak, bagi ika ni kelainan lahh sebab first time ika rse teh dari daun teh. 

tapi apa yang paling best ika rasa pisang salai mereka.. 

Alhamdulillah... 



4. Istana Besar Pagaruyung


Istana ni pernah terbakar 2 kali jadi kiranya ini pembinaan semula istana pagaruyung ni. 

Kalau ikut dulu, Istana ni kirenya iduk pemerintahan orang minangkabau ni... Bagi ika, ika suka nak explore dari segi design dan pembinaanya. The fact is, rumah ni dibina tanpa paku dan dinding nya senget.. kenapa ?? jeng jeng jeng !! hee

Istana ni ada 3 tingkat. Zaman dulu pun dah ada dah bangunan yang lebih dari satu tingkat. Kat sini mereka sangat banyak suku. Jadi setiap suke lain-lain design ruang dalaman untuk rumah minangkabau mereka. 


5. Makan siang di Rumah Makan Sawah Laman


Rating : 4/5 bintang

6. Pusat Kulit Minang Kayo

Saya tak ada komen untuk tempat ni. LOL. Tapi yang pasti tempat buatan barangan kulit. Fakta lain, tempat shoping. 

Boleh nego harga.. 


7. Rumah Sulaman Linduang Bulan (sambung shoping)


Ada barangan untuk orang perempuan dan jugak lelaki. Macam-macam ada. Ada telekung, kain pasang, kain sulam, dan lain-lain lagi. 

8. Makan malam di Ck Center yg berkonsepkan steamboat

Yang bestnya, tempat ni cantik. 



 Rating : 3/5 bintang


Day 3:

1. Panorama Ngarai Sianok


Sayang sangat tak nampak panaroma tuu sebab waktu hujan dan berkabus. Kalau tak, dapat tengok..

Ngarai Sianok adalah sebuah lembah curam yang terletak di perbatasan kota Bukittinggi yang dikelilingi oleh bukit-bukit bertebing curam yang dihiasi dengan aliran sungai kecil di tengahnya

-Cikgu Nahar-


2. Lubang Jepun 


Bukti peninggalan penjajahan Jepun di Bukit Tinggi.

Tours guide tu kata, hampir 90% tanah seluruh Bukit Tinggi ni ada lubang. Seram jugak lah masa jalan dalam tu. Orang tempatan yang keje untuk gali lubang ni semuanya dibunuh dalam lubang tu. Sebabnya orang jepun tak nak orang tempatan yang lain tahu.

Tapi salah seorang oranv tempatan yang belerja untuk gali lubang tersebut berjaya larikan diri dan dia lah yang beritahu kepada penduduk tempatan tentang lubang tersebut. Tapi sampai sekarang mereka tak tahu kemana tanah yang digali tu dibuang. Masuk jee gate tu, kene turun lagi tangga sehingga 99 anak tangga kalau tak silap. Tapi ada bahagian dalam tu yang tak boleh excess.

Sebelum ke lubang jepun, kami tengok panaroma. Tapi sayangnya kabus sangat tebal sebab lepas hujan.



2. Silver Work Mak Wan. 

Tempat perusahaan barangan perak. Kat sini boleh beli gelang, rantai, cincin dan perhiasan yang lain.. Agak pricey tapi puas hati sebab cantik. 

Tapi yang jadi tarikan ika bukan barangan tu tapi ini.... Yes..I can feel my self so connecting with their nature. This is what make me 'sangat rindu' with Bukit Tinggi Indonesia <3. 

SubhanaAllah. 



3. Museum Buya Hamka

Sapa pernah baca atau tengok cerita Tengelamnya Kapal Van der Wijck ? Buya Hamka is the author of the book and the story telling is based on a true event ! MasyaAllah.

Bak kata Ibu cinta yang tak kesampaian.

Rumah ni, ialah rumah kelahiran Buya Hamka tapi ditukarkan menjadi museum.

wok yang bercerita tentang kisah Buya Hamka

Tapi nak kesini, korang kene mabuk-mabuk dulu. Normal ye Jalan berlekok kt tanah tinggi tu tapi nak ke Museum Buya Hamka, kene tempuh 44 kelok (lekok) ! Mabuk yee. Museum Buya Hamka ni terletak di bawah jadi kene turun dari Bukit Tinggi.

Sebab tu ada separuh lagi group ke tempat lain. Hanya 15 orang sahaja yang turun ke Museum Buya Hamka. 13 orang ahli family ika. Haha Jujonya masa first tengok jalan kat Bukit Tinggi memang rasa takut sangat. Fobia masa naik ke Fraser Hill pun tak hilang lagi masa tu. But. U know what.. when you decide to face the fear, suddenly you get a strength! Then the thing that you are fearful about is fade and gone. Then the beautiful comes. As in this journey., the view is MasyaAllah. Its pay off. :)

Kami berhenti di kelok ke 30 untuk panorama niii..



4. Makan siang di Kedai Bu Eni


Rating : 4/5 bintang 


5. Jam Gadang 


Jam Gadang sangat dekat dengan Hotel kami. Jam Gadang tu sempena nama menara ni. Simbol khas untuk Bukit Tinggi ni, Masa pemerintahan Belada, Jam Gadang ni dihadiah kepada orang yang menjaga kota Bukit Tinggi ni daripada Ratu Belanda. Jadi Menara Jam Gadang ni jadi landmark untuk Bukit Tinggi ni. 

6. Malam kebudayaan 


Disebabkan ini ialah malam terakhir buat kami semua, jadi ini akan jadi malam yang istimewa. Lepas makan di Hotel Grand Malindo, kami dipersembahkan dengan pesembahan kebudayaan dari Sanggar Puti Limo Jurai.  

Ada persembahan tarian minang pada waktu menuai, persembahan silat (hat ni, memang ramai takut sebab menggunakan sejata... masa tengok tu, risau je ada yang terluka atau tercedera), tarian menari atas kaca.. hmm tak tahu lah sakit ke tak.. 

Walau apa pun, ucapan terima kasih dari ika dan family untuk kejutan hari lahir dari NTC untuk adik lelaki saya... this trip is really to celebrate your birthday bro... Hope you enjoy !! 



Day 4:

This is the last day... Untuk hari yang terakhir ni kami cume singgah di dua tempat sahaja sebelum kami ke airport. Selepas selesai sarapan kat hotel dan urusan checkout hotel, kami ke.... 

1. Bika Taloko

Bika talago ni menjual kuih tradisional orang minang iaitu kuih bika. Kuih dibakar dengar kayu arang. Jujur dari hati.. memang sedap :). 

Bika Talago
Kuih ni ada dua versi satu dari tepung beras satu lagi dari pisang. Jujur kuih tu memang sedap nak-nak lagi kalau makan waktu panas-panas dan selepas hujan.

Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu mahu dustakan? -QS Ar Rahman: 13

Sedap sangat.... 

2. Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Orang Minang (PDIKM)


Galeri ni menceritakan tentang sejarah dan kebudayaan orang minang termasuk tentang design bangunan orang minang tu sendiri. Which is why rumah minang dibina without paku, why dinding dibina senget, why dedaun tingkap belah dalam. 

One word for me to describe is... brilliant!!! Mereka sangat berfikiran jauh dan konsep pembinaan mereka sama macam konsep yang kite gunekan untuk bina KLCC. :D. So exited bile dengar mereka bercerita tentang budaya mereka dan sebagainya.. 

Dia cerita sangat detail tentang rumah minang. 

Tarikan yang lain, kita boleh pakai, pakaian orang minang satu baju RM10. Boleh bayar dalam RM boleh jugak dalam Rupee.
Satu family

Salah satu keunikan design rumah minang ialah dinding mereka dari ukiran kayu !

Ukiran kayu yang sangat detail 


Alhamdulillah.. It a long journey and we really enjoy every moment. 

Sekarang Ika nampak dan Ika rasa apa yang ibu maksudkan dengan bercuti nak relax je. Bila ika bagitahu ibu yang backpackers tu lebih best. Ibu memang totally tolak pendapat ika.. Bagi ibu macam tu tak best dan memenatkan sebab kite mungkin akan tertinggal banyak benda atau info yang menarik yang maybe kite tak akan dapat kat internet. :)

Kami hanya pergi dan enjoy the journey. Semuanya dah difikirkan dan disusun oleh NTC travel consultant termasuk tempat makan. Bila time makan, duduk dan makan. Tak perlu fikir tentang bayaran. Semua dah include masa bayar dalam package. Tak perlu fikir lagi..  

Bertambah best lagi, tour guide kami, iaitu En. Dedek dan Bella, memang orang asal Bukit Tinggi tu sendiri jadi mereka dapat bercerita tentang culture, lifestyle orang minang dan macam-macam lagi. Tanye je apa-apa kat En Dedek, dia pasti dapat jawab. 

Bagi Ika, apa yang menarik ialah dapat lihat macam mana culture mereka sebagai contoh dari salah satunya, 

Orang minang, bile cukup umur, mereka disuruh untuk berhijrah ketempat lain baru dikira matang dan akan dipandang oleh orang kampung. Kalau tak, walaupun umur dy dah 40 tahun masih lagi tak dikatakan matang hanya sebab dia tak berhijrah. I hope you guys can see my point here.. Jauh perjalanan, luas pemandangan.

But the most enjoyable is the nature :) Will miss this so much !! 

Sampai sini dulu.. last from me, Selamat berpuasa. Harap puasa kali ni adalah yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga puasa kalini dapat didik kite untuk jadi yang lebih baik :) 

See you in the next post with new version of mutabaah amal special for this Ramadhon :)

Spread Love, 
            Atikah Tahir. 

P/s: Klik sini untuk support study saya ok ? mekasihh  
               > saya support study awak <



You May Also Like

5 comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog www.iyaseo.id

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  3. unik design masjid tu, cantik :)

    ReplyDelete