Atikah Tahir

Lifestyle blogger

Hello
I'm Atikah, a 26-year-old blogger who loved books, green tea, rainy
day, and cute things. Welcome to my place where I share my thought and everything that I love.

#2 : MY MOMENT OF DYING??

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…ٰÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ 
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful



Assalammualaikum.. dan  

       Haiii.. so, this is my second time showing up here after I'm turning this space into something..mmm yeah I think space where I do reflect my self. Alhamdulillah.  

I'm not sure this space gonna turn to something, but I'm trying and it's really ok kalau tak ada yang nak baca... sekurangnya ika boleh latih diri ika menulis dan baiki skill menulis ika... dan yang paling penting sekali, ika dapat latih diri ika untuk jadi lebih berdisiplin... 

Ok back to the topic.. 

Beberapa hari yang lepas, Ika ada trip belajar ke Fraser Hill. Tempat dia MashaAllah -- sangat cantik, udara yang segar, sejuk, berkabus (boleh rasa kabus dengan tangan.. jam 3.30 petang kabus dah mula tebal - so nice I told you) bila pagi walaupun matahari tinggi, dingin tu masih lagi terasa, tapi yang paling penting, best je rasa masa buat keje tu.  

MashaAllah.. rindunyaa..

Pagi - 6.40 am 
Cantik kann?? 

Ika rasa lahh... 

ika jenis yang memang suke dengan tempat yang sejuk. walaupun hakikatnya ika memang tak tahan sejuk. Waktu hujan ialah waktu yang ika paling suka. Time yang ika paling enjoy nak buat aktiviti - sama ada ulangkaji, buat assigment ataupun membaca dan InsyaAllah tak ada aral, ika akan ke Bukit Tinggi Indonesia (tempat sujuk lagi - but ada yang cakap tak sesejuk mana.. tapi kite akan tengok keadaannya macam mana ok?!) minggu depan. Next post InsyaAllah kite draft di Indonesia !! >.< 

Tapi.... 

untuk dapatkan pemandangan yang cantik macam ni, kami kene lalui moment yang sangat menyeramkan :(

--




Siapa yang dah pernah pergi ke Fraser Hill mesti tahu jalan nak ke atas tu macam mana kan? Jalan yang sangat bahaya sebenarnya, muat untuk sebuah kereta sahaja, jalan yang tak ada devider sebelah tepi dan tepi tu ialah cerun, banyak selekoh tajam.. Semua ciri-ciri tu, sangat clear menunjukkan yang jalan tu sangat tak sesuai dan bahaya untuk digunakan oleh kenderaan besar, BAS. tapi itulah realitinya, kami naik ke Fraser Hill dengan menggunakan BAS. sob..sob.. 

Kami terpaksa berhenti dahulu sebelum jalan one way nak ke puncak Frase Hill, sebabnya ada pokok tumbang kat tengah-tengah laluan nak ke atas dan hanya boleh digunakan oleh kereta sahaja. Jadi kami kene tunggu orang JKR uruskannya. (oh yee,, kami pergi dengan dua bas ye.)

Hampir 2 jam menunggu..

Perjalanan nak naik ke atas tu yang bagi ika memang sangat menyeramkan.. masa awal tu just nak pejam mata je sebab ika memang tak tahan dengan mabuk dan sejujurnya ika memang sangat takut, pada awal lagi, bila dapat tahu yang trip akan ke Fraser Hill, ika memang dah terfikir dah macam mana nak naik dengan bas. Sebab itu salah satu sebab ika ambil keputusan untuk tidur dengan harapan bila bukak mata nantii.. 

tadaaa... dah sampaii... 

tapii, bukan itu yang Allah tentukan.. sebaliknyaa yang berlaku... 

keadaan mula panik bila cermin sebelah tembok pecah terkena dahan pokok.. Ika terasa lagi serpihan kaca tu berderai jatuh atas pipi :( tapi ika kesian dengan orang yang duduk belakang ika sebab serpihan kaca terkena seluruh muka dia. Waktu tu, seluruh bas menjerit. Ika terus bangun dan nak beralih sebab takut ada dahan pokok lagi yang terkene tapi orang yang duduk sebelah tepi bersebelahan cerun jerit suruh duduk dan stabilkan bas sebabnya roda bas betul-betul tepi cerun. Masa tulah ramai yang jadi instructor bantu pakcik bas tu pantau roda bas.. 

Sebelum kejadian cermin bas pecah, roda bas sebelah tembok masuk longkang.. 

    geddeeebuukk (bas bergoyang)

Seluruh bas terdiam.. masa tu hanya Allah je yang tahu macam mana rasanya...takut bas tu jatuh cerun je. 

Sampai jee clock tower, kami semua turun bas... Tak terucap dengan kata-kata bila dapat jejakkan kaki dekat tanah. Kata syukur memang tak lekang dari mulut... Masa tu, apa yang ika fikir... 'Ni ke saat kematian aku? macam ni ke aku akan mati? aku dah sedia ke??'. Jujur takutt.. 

Alhamdulillah, bas satu lagi selamat sampai tanpa ada apa-apa yang pecah.. 

Disebabkan keadaan bas tu teruk jadi pakcik bas tu kene balik Shah Alam semula... kesian kan? penat pun tak hilang lagi.. semoga Allah merahmati pakcik tu.. Ameen. 

Geng Biruu - house matte 3 hari 2 malam 

Ika belajar benda yang penting kat sini,

Tentang mati,

Mati tu, bila-bila masa jee akan datang bukan bila dah tua nanti. Slogan 'enjoy sementara muda' akan merosakkan hati.. Masa turun je dari bas tu, ramai yang cakap takut and ada yang nak call mak nak mintak halalkan susu ada jugak yang kata nak bertaubat.. jadi point kat sini, kite kene siapkan diri dari sekarang.. do good deed tanpa mintak balasan dari orang yang kite tolong tu.. Kalau sekarang kita bantu orang lain, nanti Allah akan hantar orang lain untuk bantu kite.. sebab Allah nak ajar kite, untuk letak pergantungan tu hanya pada Dia dan nak tunjukkan kite erti ikhlas :)

Selain dari kata nak bertaubat, ika tangkap satu lagi perkataan yang keluar dari salah sorang dari kami, nasib aku sembahyang tadi. Kata tu betul-betul buat hati ika tersentuh :). This really remind me of Nabila. Setiap kali cerita tentang solat, dia akan selalu pesan, solat lah kamu sebelum kamu disolatkan. Kalau perlu paksa diri, paksa. Sebelum peluang solat tu Allah tarik.  -Nabila-.

Quotes minggu ni,

Solat lah kamu sebelum disolatkan 
sebelum Allah tarik peluang tu dari kite.

-Nabila Isa - 

Terima kasih sudi baca sampai akhir :)

Sampai sini dulu.. doakan perjalanan ika selamat pergi dan balik dari Indonesia. :)


Spread love,
         Atikah Tahir.

Fraser Hill <3

P/s: Klik sini untuk support study saya ok ? mekasihh  
               > saya support study awak <

Untuk korang.., terima kasih sebab jadikan Fraser Hill trip terbest sekali yang pernah Ika rasa :)

P/s: Post baru setiap hari selasa, InsyaAllah. 

Kenapa selasa? sebab, Love Letter dari
kak Aida Azlin setiap hari selasa.
Read the Tuesday love letter help me to keep going <3   


Comments

Contact Form

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Atikahtahir has read 1 book toward her goal of 20 books.
hide

Followers

Total Pageviews