Atikah Tahir

Lifestyle blogger

Hello
I'm Atikah, a 26-year-old blogger who loved books, green tea, rainy
day, and cute things. Welcome to my place where I share my thought and everything that I love.

Percutian hari pertama di Pulau Pangkor


Assalammualaikum and hi semua..
Lama tak update blog ni.. sebenarnya ade beberapa perkara nak tulis tapi tu laa sedikit sibuk dengan urusan study, exam tapi, Alhamdulilah 16/4/2017 hari terakhir saya exam. InsyaAllah ianya juga hari terkahir saya sebagai student Diploma Bangunan , UiTM Seri Iskandar. InsyaAllah... InsyaAllah.. Doakan saya yee semua..

Disebabkan hari terkahir, jadi ibu dengan ayah datang jemput. Da alang-alang kat Perak kan,, jadi kite pon buad la perancangan untuk pergi bercuti sekali.. dan destinasi yang dipilih ialah Pulau Pangkor !!  Percutian kami pendek sahaja. 2 hari 1 malam, jadi ade beberapa tempat yang kami tak dapat pergi dan ade aktiviti yang kami tak dapat nak buad. but chill, tetap rasa seronok sebabnya, kami sekeluarga dapat berkumpul. > <

Disebabkan percutian yang pendek ni,, tak ade lah banyak cerita nak cerita tapi adelah beberapa info nak dikongsikan dan saya rasa ia mungkin dapat membantu korang yang nak ke sini.



LOVE <3
Jetty kat sini, korang tak perlu macam rushing sangat nak kejar ferry sebabnya ferry ade setiap satu jam. Harga tiket RM14 seorang untuk pergi dan balik. Kirenya, tiket yang sama digunakan untuk pergi dan balik semula ke jetty.. haa hati-hati., jangan hilangkan tiket tu.. nanti tak dapat balik.. *gurauu*..


*********
Masa ni, akan ade seorang hamba Allah ni yang akan datang pada korang dan tanya pasal hotel. okk sebenarnya korang tak perlu risau pasal hotel kalau korang pergi pada hari-hari biase sebabnya hotel sentiasa available. Tapi lebih baik kalau tempah hotel tu awal. Hamba Allah ni akan tanya korang sama ade da ade tempat penginapan atau belom? kalau da tempah, da bayar deposit tak? kalau korang da tempah tempat penginapan tapi belum bayar deposit, mereka akan mendesak korang untuk ambik pakej dengan dyorang ni..sory to say..but bagi saya mereke mendesak..tak puas pujok saya untuk tempah penginapan dengan dyorang, dyorang pergi pulak pujuk ibu ayah saya. once saya cakap saya da tempah dan da bayar baru mereke senyap and pergi cari mangsa lain... time ni, korang kene, harus tegas.. 

Kalau korang tak tegas, akan jadi macam satu group ni yang sama-sama sampai dan beli tiket dengan saya. Apa yang jadi dengan mereke ni? ook mereke setuju untuk ambik penginapan dengan hamba Allah ni dengan harga bilik family RM140  tapi kene bayar deposit dulu RM25. Saya terdengar perbualan mereke sebab tempat kami duduk tu berdekatan dengan mereka. Masa tu rasa macam pelik sikit..tempat penginapan yang sama dengan saya tapi perbezaan harga. saya diam je la sebabnya saya terfikir mungkin ade tambahan harga yang saya kene buad masa daftar masuk nanti. Lepas pak cik tu bayar deposit RM25, orang tu tulis surat ala-ala macam surat cinta...hat tuu saya da rasa pelik la sikit. Dipendekkan cerita masa daftar masuk tu saya tengok papan tanda harga untuk penginapan tu, RM120 untuk family package.. sah-sahlah group tadi kene tipu... rasa kesian sebenarnya dengan group tu.. Sungguh saya betul-betul tak faham kenapa dia buad macam tu.. moga Allah bukak kan pintu hati dia... 
                                                                             *********

ook.. Berbalik pada cerita kite yang awal tadi..
Ferry akan berhenti kat 2 perhentian. Kalau korang pelancong, korang turun kat perhentian no 2. Penduduk kat situ akan turun di perhentian no 1. 

Kat jetty tuu ade teksi yang akan bawa korang ke tempat penginapan korang. Harga pulak ikut tempat. Dalam banyak-banyak tempat, Pulau Nipah menjadi perhatian ramai pelancong sebab keadaan lautnya yang cantik. Harga teksi untuk ke Pulau Nipah ialah RM18. Kat sini banyak kemudahan macam kedai makan, kedai jual cendera hati, kedai runcit. Pendek kata, banyak kemudahan kat sini. Dari segi hotel, saya cadangkan Palma Beach Resort. Resort ni dekat dengan pantai dan diuruskan oleh orang malayu. Kat Pulau Pangkor, majoriti penduduknya adalah orang china. Harga untuk resort ni bagi saya berpatutan. Kami ambik package family dengan harga RM120 untuk satu malam. Keadaan bilik yang bersih dan selese. Kemudahan lain free wifi !

Waktu petang,, please lapangkan masa untuk tengok sunset. Sangat berbaloi..

Palma Beach Resort




Kalau da sampai sini, aktiviti yang wajib mestilah aktiviti air kan?
First of all, ni pesanan dari pak long (boss Nonsan Water sport), jangan terima tempahan dari orang yang berada di jeti lumut sebab Nonson Watersport dengan mereka tak ada link. Pak long cerita pada kami, ada satu group yang terime tempahan pada orang tersebut tapi dengan bayaran deposit RM50 kemudian mereke akan tulis surat untuk diberi pada pak long tapi pak long minta group tersebut bayar tambahan sedikit. Kejadian ni merugikan pak long. Sama macam kejadian yang hotel tu. 

So, saya rasa apa-apa tawaran yang korang terima kat jety lumut tu lebih baik ditolak sebab mereka memang tak link dengan orang di Pangkor. Pak long ambik RM100 untuk aktiviti air. Khemah pak long ade dekat-dekat dengan pantai berdekatan  dan sederet dengan kedai jual cendera hati. 

Nonsan water sport
Waktu malam, kat sini nak cari kedai makan memang tak susah. Kalau rasa nak makan yang bakar-bakar pon senang nak dapat semuanya berdekatan dengan hotel. Nasihat saya, kalau nak makan yang jenis bakar-bakar tu, korang survey la dulu kedai-kedai yang lain sebabnya ade kedai yang tawarkan pakej yang lagi murah dari yang lain. 


Day 1, success >.< 


Comments

  1. Alaaa tak sempat pun nak main buaian tepi pantai tu. cam best je 😍

    ReplyDelete
  2. Btw, atikah, Siqah follow sini. Salam perkenalan ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... suke baca blog awk.. =) salam perkenalan jugakk =)

      Delete

Post a Comment

Contact Form

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Atikahtahir has read 1 book toward her goal of 20 books.
hide

Followers

Total Pageviews