Percutian hari kedua di Pulau Pangkor

by - 05:46:00



Assalammualaikum..
hari kedua, plan asalnya ialah snorkeling. Memang tak sahlah kan kalau da ke Pantai tapi tak buad aktiviti air. 

tapi disebabkan hujan pada awal pagi tu, kami terpaksa batalkan niat nak snorkeling. Pada awalnya kami ingat nak tundakan sahaja aktiviti ni sehingga hujan reda tapi kami diberitahu oleh sorang penjaga kedai di situ yang keadaan laut tak cantik selepas hujan. jadi kami batalkan saja niat nak snorkeling.

Kalau korang nak tahu, selain dari kecantikkan laut yang menjadi tarikan ialah adanya burung enggang. Memang banyak kat sini. lepas ni nak tengok enggang tak perlu lah susah-susah nak ke Sarawak tengok kat sini je. hehe. 



Bagi burung enggang makan <3

Pagi tu buka-buka je pintu nampak burung ni. Bile kite bagi makan nanti dy akan bising dan panggil kawan-kawan dia yang lain. Jangan risau dy tak akan gigit. Sangat pandai ambik makanan tu di tangan kite. Jadinya aktiviti snorkeling bertukar kepada bagi burung enggang makan. Saya tak tahu apa yang burung enggang ni makan tapi hari tu kami bagi makan roti. 

Jam 12.30 tengah hari, teksi datang ambik kami di chalet untuk bersiar-siar satu pulau. Bagi emak-emak, kalau datang Pulau Pangkor apa yang mereke terfikir untuk shopping ialah ikan bilis bermata biru. Itu wajib. Jadinya kalau orang melayu, lebih baiknya kalau korang ambik teksi yang pemandunya orang melayu sebabnya mereka akan bawa kite ke tempat prosesan ikan bilis yang diperoleh oleh orang melayu dan dijamin bersih. Kalau korang drive sendiri, korang search ikan bilis Pak Su. Dekat-dekat dengan tempat menginapan pon ade juga oran yang menjual ikan bilis bermata biru ni tapi harganya mahal jadinya lebih murah kalau korang pergi sendiri ke kilang dia. 

Untuk jalan-jalan satu pulau, harganya RM60 dan tempat yang dibawa ialah:

1. Proses Ikan Bilis Pak Su:
2. Tengok view kat Pulau Pangkor. 




3. Fu Lin Kung, Garden and Mini Great wall




Di belakang tu ada mini great wall 

4.  Geleri Pangkor. 

Kami tak dapat singgah sebabnya tutup pada hari tu tapi nanti memang pak cik tu memang akan bawak korang ke sini. Galeri tu bercerita tentang sejarah Pulau Pangkor. 


5. Kota Belanda: 


6. Batu bersurat. 

Yang ni tak ada gambar maaf. 


7. Masjid terapung. 

Masjid ni belum sepenuhnya siap. Masih dalam pembinaan tetapi penduduk tempatan dibernarkan untuk solat disitu. 



Kemudian kami akhiri tour kami di jetty untuk pulang semula ke lumut. 
kat sini saya nak nasihatkan, lebih baik kalau korang sewe ven dari sewe kereta untuk drive sendiri sebabnya keadaan jalan yang berliku-liku dan berbahaya. Saya sendiri pon takut nak tengok jalan masa pak cik tu drive. Mereka da biase dengan keadaan tempat ni. Menurut pak cik yang drive kami tu, memang banyak berlaku kemalangan pada orang yang menyewe kereta sendiri sebabnya mereka tak biase dengan keadaan jalan di situ. 




You May Also Like

6 comments

  1. wah bestnya holiday ! tak pernah pegi pangkor lagi hihi
    done follow here http://mellyacrayola.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melly musa.., nanti ade kesempatan pergi laa. memang best =). tq. kite follow balik

      Delete
  2. Pulau Pangkor. Antara pulau yang sentiasa menjadi pilihan percutian keluarga kan? 🤗 siqah ke sana dengan family tahun lepas. Best juga nanye. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. Pulau Pangkor banyak aktiviti boleh buad.. aktiviti hutan pon best.. tapi tu lahh tak ada kesempatan..

      Delete