Atikah Tahir

Lifestyle blogger

Hello
I'm Atikah, a 26-year-old blogger who loved books, green tea, rainy
day, and cute things. Welcome to my place where I share my thought and everything that I love.

WednesDate | Redtma Adventure Urban Park Ayer Kerobh, Masjid Al- Alami , Boat Noodle.


Assalammualaikum ! 

Hari ni,  nak cerita tentang date hari Rabu, 5/7/2017 hari tu dengan  si dia, Afiqa  

Kami kenal masa sama-sama practical di Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). Bertambah special-nya lagi, kami kenal masa Jamuan Hari Raya Perdana. Nenek sedara saya yang satu department dengan Afiqa kenalkan kami. 

Kami bukan satu department. Afiqa di bahgian Pengurusan dan saya pulak di bahagian Teknikal. Saya di tingkat 4 dan Afiqa pulak di tingkat 8 tapi disebabkan sikap peramah, gila-gila, dan mudah masuk dengan orang buadkan kami masih rapat  . 

Setiap kali waktu lunch, kalau tak dia yang turun tingkat bawah, saya yang akan naik tingkat atas . Ada je benda yang nak dicerita.   

Kalau duduk dengan dia ni, tak boleh berhenti ketawa..ada je benda lawak dia buat. Gaya dia yang bersahaja tu jee da cukup da buat orang gelak, lupa laa sekejap masalah report yang tak siap-siap 

Kirenya, date ni jugak meraikan genap setahun kami kenal      



Lokasi 1 : 
 Taman Rekriasi Tasik Ayer Keroh. 
 10.15 pagi - 1.40 tengah hari
  by Atikah dan Afiqa


Rating over 5 :     

Afiqa Dan Atikah

Eh mana dia ni 

Ok cuba teka sapa yang lambat  .. 
Maaf sekali lagi Afiqa..  

Ehh.. nak main yang mana eh

Pada awalnya masing-masing da exited da kononnya nak berkayak tapi bila kami tengok banyak aktiviti yang ada, niat nak berkayak tu terus goyang  . Masing-masing da pandang memandang dengan soalan yang sama. Nak main yang mana ni eh??? Kayak ? wall climbing? flying fox? hmm

 Taman rekriasi Tasik Ayer Keroh. 
Kat Taman Rekriasi Tasik Ayer Keroh ni, korang boleh pilih game yang korang nak main and range harge pon sangat murah. Mostly is RM4 . Kat sini pon ada paintball tapi aktiviti tu terbuka untuk hari sabtu and ahad sahaja tapi kalau nak main masa hari weekday korang kene tempah dahulu.

Untuk permainan flying fox, waktu weekday harganya RM8 waktu weekend harganya akan jadi RM4 sebabnya dyorang setup game tu pada hari weekend sahaja. 

Beberapa saat berlalu  kami pun decide untuk pergi makan dulu. Dalam Taman Rekriasi ni ada gerai makan. Murah dan sedap. Korang boleh pilih untuk makan tepi tasik jugak  . Kalau nak berkelah pun boleh.. syok arr..  

Sambil makan sambil fikir.. dan akhir sekali keputusan untuk ber-wall climbing di buat. 

 Wall climbing 

Masuk je tempat wall climbing, rasa berdebar semacam da. Fiqa nampak relex jugak mungkin sebab dia da pernah masuk kem PLKN dan da pernah buat aktiviti macam ni. Saya pulak? memang berdebar la ceritanya. 

First time nak buad aktiviti macam ni. Walaupun pakai safety tapi bila da sampai kat atas tuu rasa macam tali safety tu tak ada.. Serius wehh.. Bila penat, safety guard tu suroh kite lepas kan batu kat diding tu tapi bila nanti kite nak sambung climbing balik, kite just perlu capai batu kat dinding tu semula. Jadinya bila dia suro lepaskan tu,, rasa macam bila lepas ni jatuh ni..  

Maaf laa saya gayat   

Walaupun kami tak sampai atas, separuh pun jadi lah 

Chill je mukaa..  

Acah-acah je niii  


Lokasi 2 : 
 Masjid Al- Alami, Ayer Keroh.  
 1.40 tengah hari - 3.15 petang. 
  by Atikah dan en google 


Rating over 5 :    


Source 

 Selesanya masjid ni..  
Sedar tak sedar da Zohor. Jadinya kami pun singgah di Masjid Al-Alami untuk bersihkan diri dan solat Zohor.  Toilet kat masjid ni, memang selesa dan bersih. Kalau korang nak mandi pun boleh sebab kat sini ade shower dan disediakan selipar untuk ke toilet. Tempat berwudhuk pun besar dan ade 2 iaitu kat toilet dan sebelum masuk ruang solat. Ada ruang menunggu khas untuk orang perempuan. 





Lokasi 3 : 
 Boat Noodle, Mahkota Parade   
 4.30 tengah hari - 6.00 petang. 
  by Atikah dan Afiqa. 


Rating over 5 :    

Boat noodle 

 Sebagai penutupnya ... 
Yess.. inilah dia penutup yang ditunggu-tunggu  .. Restaurant ni baru bukak di Melaka di Mahkota Parade tingkat satu. Masa kami sampai pun orang memang ramai dan tempat kosong pun tak banyak. 

Tu baru hari weekday kalau hari weekend agaknya penuh restaurant ni. Dari sumber yang boleh dipercayai, masa restaurant ni baru bukak pun orang da beratur panjang tunggu giliran.. 

InsyaAllah, next post kite akan ceritakan tentang restaurant ni dan menunyaa.  


The view   
  


Begitulah kisahnya WednesDate kami.. 

Akhirnya last minutes plan menjadi . Selalunya pun memang macam tu... Mana plan yang kami rancang awal ade je yang tak menjadi.. Lepas je habis intern, saya da busy dengan final year, fiqa pulak busy dengan kerja, kawan-kawan yang lain pun macam tu jugak.. masing-masing busy dengan hal masing-masing.. tapi.... tak apalah bak kata orang 'biar jauh di mata tapi dekat dihati'. Eceehhhh  . 

Untuk Afiqa, terima kasih sesangat untuk 7 jam yang kite luangkan sama-sama. Seronok sangat.. Dalam masa yang sama, rasa rindu jugak nak lepak sama-sama dengan kawan-kawan yang lain macam kite selalu buat masa kat PKNM. InsyaAllah one day. Saya rasa sangat bersyukur sebab dapat kawan yang baik macam korang semua.. mm rindunya nak lepak sesama 

Love, 
     Atikah 


Comments

  1. Seronok dpt jumpa rakan sekepala Kan. Semoga persahabatan berpanjangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha aah nak-nak ada je model nak buat kite gelak. Amin.. terima kasih.. :D

      Delete
  2. Separuh pun jadilah wall climbing. Asalkan ada semangat nak buat kan. Hihi.

    Siqah berat, tak sesuai aktiviti camni. Hihi.


    masih tak pernah Siqah makan Boat Noodle T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tu pun, esoknya lenguh2 tangan ni.. hehe kalau siqah penggemar makanan pedas, siqah kene rasa..:D

      Delete
  3. bestnya aktiviti2 yg ada..klu saya semua nak cuba ni..alang2 ada geng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat awal nak buad banyak aktiviti tapi lepas main wall climbing trs rasa semacam >.< memasing da tak larat.

      Delete
  4. Rajin beriadah... Boat noodle tu sedap ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sekali sekala jee.. sedap tapi pedas.. bagi saya pedas. sebab saya jenis yang tak tahan pedas. tapi suka makanan pedas. :D

      Delete
  5. bestnya wall climbing. teringin nak mencuba nanti :D

    Fatina | www.theinfinitywords.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cuba lah Fatini.. saya jarang buad aktiviti macam ni jadi, esoknya terus sakit tangan2 ni :D

      Delete
  6. Bestnya. Rasanya kalo kinah dah tak larat nak panjat tu semua dah hihi

    ReplyDelete
  7. mmg seronok dpt kawan yg boleh ngam..semoga persahabatan tu berkekalan

    ReplyDelete
  8. Wahhh wall climbing.. teringin nak cuba tapi gayat haha

    ReplyDelete
  9. hehehe saya pun gayat tapi berani kan diri jee.. bile kaki tu jejak je tanah rasa bersyukur sangat :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Contact Form

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Atikahtahir has read 1 book toward her goal of 20 books.
hide

Followers

Total Pageviews