Atikah Tahir

Lifestyle blogger

Hello
I'm Atikah, a 26-year-old blogger who loved books, green tea, rainy
day, and cute things. Welcome to my place where I share my thought and everything that I love.

DIARY | HELLO !!


بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…ٰÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ 
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful



Assalammualaikum guys.., 

First posting for 2020 and good to be back geng... Alhamdulillah !!

Macam mana hari ke 11 duduk di rumah? Ok tak dengan perkabaran baru dari Perdana Menteri kita yang perintah berkurung ni dilanjutkan lagi 14 hari?   Terasa jugak lah... 28 hari cuti duduk rumah sahaja tak boleh keluar. Keluar cume bila perlu sahaja.. Tapi untuk keselamatan semua, kita perlu akur. Duduk rumah diam-diam dan doa yang terbaik untuk Malaysia.

Stay positive ok kawan-kawan. Inilah masanya kita nak eratkan hubungan dengan keluarga kita. Time-time macam ni lah kita wanita-wanita yang belum berkahwin ni nak bantu ibu buat kerja rumah. Yang ayah atau suami pulak, waktu nilah nak rasa apa yang isteri rasa :-- buat kerja rumah dalam masa yang sama kene jaga anak, kelua beli barang dapur.. bak kata ayah ika,

Keluar bekerja tak sepenat buat kerja-kerja rumah. Kerja-kerja kat rumah ni rasa macam tak pernah habis. - Mohd Tahir, 2020 - 

Ok... ika tak boleh tahan gelak bila ayah cakap macam tu.. ibu ika macam biase "haa tahu pun.." dan bagi ika that moment is beautiful. Please enjoy that sebab DUDUK RUMAH ialah apa yang kita selalu nak semasa kita bekerja jadi Allah bagi kita peluang ni untuk kita hargai apa yang mungkin kite terlepas pandang i.e family. Maksudnya waktu ni lah nak pantau anak-anak, nak beri perhatian pada mereka, dan yang best lagi boleh ajar mereka menghafal dengan buat pertandingan hafazan.. Ya Allah.. banyak boleh buat. Tapi., kalau korang yang jauh dari family pulak jangan sedih, time-time macam ni, korang boleh set balik life goal korang atau cari hobi baru atau belajar jenis masakan yang baru atau organize mana-mana yang patut, betulkan bacaan dalam solat. Right ?

Sebenarnya macam-macam lagi aktiviti yang kita boleh lakukan kat rumah tapi ika percaya korang mesti dah ada perancangan sendiri sepanjang cuti ni cumenya, perancangan tu kene tambah lagi untuk 14 hari lagi . Macam ika, nilah peluang untuk ika siapkan draft yang dah berhabuk tu.. Auchh (sambil cubit diri sendiri sebab hakikat sebenarnya diri sendiri  tak reti nak uruskan masa) , work for my reading challenge (which now 4 books toward goal of 20 books !! So exited. Tak seberapa sangat pun tapi masih dikira sebagai satu kemajuan kan?? ), plan untuk buat first segment untuk bloglist ika (InsyaAllah. kita tengok jelah sejauh mana kerajinan seketul Atikah.. tapi tulah, tak tahulah ada ke tak yang nak join )..

Korang pulak macam mana?
Share lah aktiviti yang korang lakukan di rumah.. mana tahu boleh jadi idea untuk orang lain.. dan dan dan... ika akan post idea korang tu di posting ika yang akan datang ni..

Jadi, kita gunakan masa yang kita dapat ni sebaik yang mungkin dan dalam masa yang sama kita sebenarnya membantu negara kita tangani isu virus COVID-19 ni. This virus is not a joke jadi jangan degil ok?  #stayathome, #staysafe and #stayhealth 

Disebabkan ika ada banyak masa, ika tampal lah sikit gambar-gambar yang ada kaitan dengan isu virus ni yang buat kita tersentuh hati.












Semoga Allah beri kekuatan kepada frontliner yang bertugas dan semoga semua pesakit yang positive diberi kesembuhan.. Semua pihak perlu mainkan peranan dalam menangani isu ni. Apa peranan kita? Patuh pada arahan. Duduk dalam rumah. Ok? 


 ,
   Atikah Tahir.

Home sweet home...




Comments

  1. stay at home,and be safe :)

    ReplyDelete
  2. Wahh sweetnya kata-kata ayah ika. Ngehehe ;) Btw, sepanjang RMO ni aktiviti Hana banyak tertumpu kat dapur ja hahaha. Nak tau lebih lanjut nanti Hana update cun2 kat next entry. Jangan lupa baca ya... cewah promote pulak. hahah
    .
    Btw, stay safe jugak yaaa! ^_^

    ReplyDelete
  3. amin ya rabbal al-amin..take care yaa

    ReplyDelete
  4. Nasib la RMO, ade jugak masa nak update blog kan? hehehehe

    ReplyDelete
  5. Semoga virus ni cepat2 berakhir ek, Aamiin. Stay safe Tikah <3

    ReplyDelete
  6. Memang banyak kerja boleh buat bila duduk rumah sebenarnya tapi malas! hahaha. Stay safe!

    ReplyDelete
  7. https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html

    ReplyDelete
  8. Tqa tak buat banyak pun activity kat rumah house chores mostly kakak yang buat, dia memang takleh duduk diam, bila kita teringat nak buat, tau2 dia dah buat dah. Masak memasak pulak abang ipar yang buat. Tengah draft blog post baru, tau2 je secawan Dalgona muncul depan mata.

    Tqa tengah draft blog post about my activities amid Covid-19 RMO, harap2 nya cepat lah siap sebab asyik procrastinate jugak. Bila dah tulis blog sambil bukak movie, memang tak kemana lah alamatnya...

    All the best for all the plans that you mentioned above and good luck with your bloglist segment :)
    I am sure, ramai yang akan join, inshaAllah

    ReplyDelete
  9. masa pkp ni lah nak rehat & buat mana kerja di rumah yang tertunggak. Nanti dah habis pkp dah busy balik. Stay safe ya. Follow sini :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Contact Form

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Atikahtahir has read 1 book toward her goal of 20 books.
hide

Followers

Total Pageviews