Life Update : The February wrap up

by - 15:31:00


 


Hello semuaa..  Hello March..

Alhamdulillah kembali lagii.. usaha untuk terus active blog masih diteruskan.. Doakan ika terus consistent ye kawan-kawan .

Jadi,,

Hari ni first March, kite nak update tentang wrap up untuk February. Before ni pernah jugak baca wrap up entry by others blogger malahan ika pernah buat wrap up post ni tapi sekali je lahh.. so, ika just terfikir why not kalau ika teruskan buat entry macam ni secara konsiten, at least sedikit sebanyak ika ada idea ika gune masa ika dengan apa. InsyaAllah ika boleh konsisten., doakan aku.

Tapi kali ni ika mungkin akan update sedikit style wrap up ika kali ni.. maybe post ni lebih sesuai kepada wrap up and life update. Mmm sama ke these two terms ? tapi bagi ika wrap up tu more kepada aktiviti kite buat pada bulan tu dan life update tu pulak improvement dalam hidup kite. Hmm lain kann?

Ok.. lets start.


PERSONAL


1. Untuk bulan Feb, totally ika kat Melaka, jadi ika banyak habiskan masa dengan family. Nak ambik peluang yang ada ni sebab, mungkin satu hari nanti ika tak dapat nak rasa lagi moment yang macam ni. Hmm sedihnyaa . Tapi betul lahh.. cube korang bayangkan nanti once bile semua adik beradik kite mula nak bina family sendiri., masa untuk kite akan kurang sebab dia dah ada tanggungjawab dengan suami atau isteri. Hmm sedihnya..


2. Si akak yang dibuli... Iyee awaks saya dibuli oleh adik saya, Nurul Amirah.. Hmm tak tahu nak nangis atau nak gelak masa kene tuu.. tapi bile kami mula cerita balik, mesti tergelak.. InsyaAllah, nanti ika akan update cerite ni..


3. Penggunaan kata 'aku'. Mungkin ada yang perasan kan, tapi maaf.. hilang identiti .

ok.. ok..

Mungkin penggunaan kata hilang tu over sangat kann.. hahaha cumenyaa, kadang dalam bercerita penggunaan kata 'aku' ni terasa lebih selesa walaupun terasa sedikit kasar. Selalu jugak ika tertaip 'aku' bagi gamarkan diri semenjak-menjak ni. Tapi sejujurnya dalam borak berdepan ika lebih suke gelarkan diri dengan 'ika' kecuali dengan kawan-kawan yang sejenis gile-gile sikit perangai dalam berborak gune perkataan 'aku' terasa lagi senang nak bergurau.. haha arrgghh why so complicated Atikah..

Hmm mungkin bertukar lagi? alaa tak apa lahh..


4. Berjaya bawak kereta manual tanpa mati engine dan imbangkan minyak selepas 2 tahun lebih bawak kereta auto. Alhamdulillah. Masa awal nak start drive tu, jujo debar and takut.. takut mati engine jee.. malu nanti. haha jadi, kite pusing satu taman dulu bagi biase kan diri. Alhamdulillah berjaya.. Masa nak mula drive tu doa je banyak-banyak.. 'tak pe Allah lindung.' , 'InsyaAllah tak ada apa-apa' , 'Atikah boleh..'..  bagi pujuk hati.. jadi hari tu plan dating dengan Nurul Amirah berjaya. Thanks teman kaka mu ini tengok wayang. So hari tu jugak kite belanja diri dengan air float A&W Alhamdulillah.



READING

Untuk bulan February ni, ika cume sempat baca dua buah buku sahaja.. iaitu 

1. Trapped by Northrop 

Mengisahkan 7 orang pelajar sekolah menengah yang terperangkap dalam bangunan sekolah sebab berlaku ribut salji yang sangat teruk sampai menutup bahagian bawah bangunan sekolah mereka. Jadi buku ni cerita kan kisah macam mana mereka survive. 

Rate : 3/5 

2. The raft by Boodeen

Buku ni pulak cerita tentang Robbie (perempuan yee - haha) yang terselamat dalam plane crush. Macam mana dia terselamat? dengan bantuan copilot, Max. Berdebar baca bile part Robbie selamat kan diri dari Tiger shark. Dia bertahan untuk dalam masa 10 hari di sebuah pulau sebelum pasukan National Oceanography jumpa Robbie di pulau terpencil tu secara tak sengaja.

Rate : 4/5 


WATCHING

Rasanya, February lah ika banyak tengok movie. Tambahan lagi kami dah tahu macam mana nak connect laptop dengan TV, hampir setiap malam tengok movie kat TV sebabnya ibu memang tak suke nak tengok kat laptop..

1. Polis evo - 4.5/5 

2. Paskal - 4/5 

3. Kaabil - 4/5 

Cerita ni sedih . Cerita tentang pasangan suami isteri yang buta tapi isterinya dirogol dan keadilan tak berpihak dengan dyorang... tak nak cerita lebih-lebih sebab nanti ter- spoil - kan cerita ni.. 

4. The vow - 4/5 

Ni cerita lama tahun 2012. yang best nya cerita ni based on true event. cerita tentang isteri yang hilang ingatan selepas kemalangan. Kalau tengok tu, jangan tengok dengan kanaka-kanak. 

5. Aquaman - 4/5 

6. How to train your dragon - 4.5/5  - review ? tekan sini > Review How to train your dragon <

7. Misteri Dilaila - 4/5 - Just nak tahu ending dia jee. Sampaii sekarang tak boleh nak move on 

Arrgghh... - 5 saat kemudian...

ok done stress. hahaha


WHAT I LEARN?

Apa yang ika belajar, hmm 

Bulan February, ika diuji dengan heart broken.  lagi tinggi harapan kite letak pada manusia, makin tinggi jugak rasa sakit yang kita akan rasa.. Ika belajar untuk letak pengharapan tu hanya pada Allah, sebab Allah tak kan mengecewakan hambanya dan dia akan mengantikan dengan sesuatu yang lebih baik. 

Tipu lah kalau kata tak sedih kann... dalam sedih tu, Allah tunjukkan sesuatu yang ika selalu terlepas pandang iaitu ika masih ada keluarga yang masih sayangkan ika.. yang ada dalam susah senang. Alhamdulillah. Setiap sesuatu yang berlaku tu mesti ada hikmah. 

And i learn that the heart broken is a change to start from fresh. Semua akan ok. Just percaya..

                            Image result for garden gif

Dan last sekali, 

Terima kasih kerana membaca. 

Full of love,
          Atikah tahir.

You May Also Like

0 comments