2017 wrap up post

by - 10:00:00



Ingat lagi tak masa sekolah dulu, bile kite nak tulis tarikh kat buku nota, mesti kita akan tulis tarikh yang sebelumnya. Contohnya macam sekarang ni..., kite dah masuk tahun 2018 kan? tapi bile tulis tarikh, kite akan tulis 2017. Kan...kan?? Korang pun sama kan? . Sebabnyaa kite dah terbiasa tulis tarikh tu so, kite kene ambik langkah pembaharuan yang pertama which is biasakan diri tulis 2018  

Untuk pembukaan tahun 2018 ni, ika nak cerita apa yang best untuk tahun 2017.. Nak throw back semua memori yang best-best.. mana yang tak best tu, kite simpan jadi pengajaran diri sendiri je.. 

Bagi cannn pleaassseeee  
  

1. FAMILY DAY 6H 


Bab ni ika memang tak ada update kat blog sebabnya masa tu bz dengan final year. Tapi tak pe lah, kite update kat wrap up post je laa.. 

Masa ni semua orang seronok. Hasil dari kerja sama semua orang dalam group kelas 6H, majlis family day kami berjaya  bak kata wonderpet, apa yang penting ? kerja sama !! *suara beramai-ramai*.  

Pasal makan memang mewah.. sesuai dengan tempat yang kiteorang pilih, tepi pantai Teluk Batik, kami buat BBQ.. Masa ni pun ada sebahagian masak makan tengah hari, sebahagian lagi sediakan game. apa yang paling penting ? semua orang happy. 

Disebabkan ni wrap up post je, nah belanja satu lagi gambar 




2. SURPRISE YANG MENJADI


Surprise ni untuk sesorangnya lah roommate ika untuk sem akhir ni namanya Nur Raihan.. 

Ramai pembantu yang tolong jayakan surprise ni. Tukang cuci gambar, teman beli barang, bagi idea, buat rama-rama, anyway terime kasih bebanyak kenkawan yang terlibat bantu buat surprise ni.. walaupun semuanya ika buat last minit.

Macam mana boleh tak last minit, hari yang kiteorang last paper tu la hari Raihan balik.. Jadinya, pagi tu lepas habis je last paper (itu normal ye student Building and Qs, student terakhir habis paper) keluar dewan, kite snap-snap gambar dengan classmate then terus kejar bus untuk pergi beli semua persedian. Balik tu tumpang bilik kawan untuk buat lukisan kat board, buat origami rama-rama and everything lah. Rancangan memang nak buat sebelum Raihan gerak pergi station bus sebab bus dia gerak jam 9.30 malam so ofcos la dia kene gerak before 9.30 malam kan. 

Surprise ni ika buat kat satu bilik kosong dekat dengan bilik ika.. Call Raihan datang bilik tu jam 8 malam and bile dia bukak pintu bilik tu... tadaaa... jujurnya, ika pun kelu tak tahu nak cakap apa sebab tu pertama kali surprise ika menjadi.. and malam tu jugak la jadi malam terakhir dengan Raihan .


3. HABIS BELAJAR ON TIME 


Alhamdulillah... Rasa macam tak percaya pun ada sebenarnya.. berdebarnya rasa masa nak tengok result tu.. tak sanggup sangat dah nak hadap final year lagi sekali.. bagi student yang biase-biase macam ika,  bagi ika subject semua susah.. tapi masa tuu cuma rasa takut dengan subject law. Sebab lect yang mengajar tu dah pesan.., jangan gagal subject dia, kalau tengok subject dia gagal, repeaters akan tersiksa macam duduk dalam neraka dalam kelas dia.. OMG.. honestly saya memang takut dengan dia. Walaupun dia cume melawak..

Anyway... jumpa time convo nanti.. 


4. FAMILY HOLIDAY 


Dah alang-alang dekat dengan Tioman, so ambik ika kite terus pergi Pulau Tioman. Boleh baca kat sini tentang Pulau Tioman hari pertama dan hari kedua . Bestnya, tahun ni ika dapat spent time lebih banyak dengan ibu.. ikut je ibu pergi mana.. Ganti balik hari-hari lepas masa ika kat Perak.. 


5. KEPUTUSAN UNTUK JADI FOUNDER 

Sejujurnya ika tak reti nak ber- business ni. Sebab tu, bagi ika ni keputusan yang berat. Keputusan ni pun macam tetibe terfikir. Minat memang minat tapi tak reti.. dulu pernah la try jual tudung tapi tulah.. ika suka fashion tapi ika tak ada passion dalam bab fashion ni. haha pening..pening... Macam tudung kan trend dengan macam-macam pattern, design. Masa tu business, sebab nak compete dengan adik sapa lagi banyak jual tudung. hahaha 

Kali ni, semestinya bukan niche fashion   Insya Allah going to reveal very soon.. stay tune. 


6. COACH YANG HEBAT 


Lepas je beberapa bulan ika ambik keputusan untuk ber- business, first sekali yang ika akan cari ialah someone yang dapat membimbing and bantu ika untuk ber- business. Dah pernah dah terhantuk dinding.. kalau boleh, tak nak.. jadinnya tak lama lepas tu, terjumpa satu status kawan tentang seorang Coach Pengurusan Fail untuk newbie. Masa tu terus PM untuk personal coaching dengan Coach Sya. Bayaran pulak memang berbaloi..  kalau kot-kot ada sesiapa yang tengah cari untuk porsonal coaching yang murah, boleh tekan sini..untuk dropship pun boleh yee. 


7. JUAL PLANNER SAHABAT ENUUR

No automatic alt text available.

Banyak goal nak capai untuk tahun 2018 ni jadi, ika pun decide la nak ada satu planner ni.. Kebetulan kawan jual planner ni, jadi kite pun cepat-cepat la grap planner ni... hari ahad order, hari isnin sampai. cepatkan? masa dapat parcel tu, exited sangat-sangat..bile belek isi dan design planner ni terus jatuh cintah.. masa tu jugak laa bincang dengan Coach Sya nak jadi dropshipe untuk planner ni.. Ika jual sampai ujung bulan 12 je.. Kirenya sebagai latihan untuk ilmu yang ika belajar.. 

Nanti ika buat review isi dalam planner ni 



Alhamdulillah.. 
Walau apa pun yang berlaku pada tahun 2017, mana yang macam tak best je tu, kite jadikan pengajaran untuk masa akan akan.. Semoga, tahun 2018 akan menjadikan kite insan lebih baik dari sebelumnya 

You May Also Like

0 comments