Road to degree?? Good luck...



Lama betul rasanya tak update blog ni..

Apa yang korang perasan kali ni?? 

Yess... wajah baru... .. Sebenarnya ada problem sikit dengan template yang lama.. Lepas je publish review tentang restaurant Boat noodle ( boleh baca kat sini SINI ),  template tu terus jadi macam blank.. 

Makanya.... 

Blogging slump pun melanda.. 

Sedikit-sedikit mencari mood nak edit balik blog ni.. 

Rasa berdebar sangat bila tengok blog jadi macam tu.. terus kalut.. tak tahu nak buat apa.. Sebelum blog ni jadi macam tuu, ada problem lain, dimana bilangan post tok main page tak berubah walaupun dah ubah kat setting  .. Ada yang tahu tak macam mana caranya nak betulkan??

Ok... berbalik pada tajuk,

Semalam ialah hari pendaftaran masuk untuk student degree penerapan UiTM.. jadinya hri ni, kelas pertama untuk semua student diploma dan degree. Jadi, adik-adik dip yang da lama cuti tuu, macam mana? ok tak first day kelas?  Teruja takk dapat jumpa kawan-kawan?

Yang baru lepas MDS,, seronok takk?? haha tak apa lahh time tu laa peluang yang baik untuk korang cari kawan-kawan, girlfriend or boyfriend baru dari pelbagai course.  

hehe one day nanti bila da habis belajar, mesti akan rasa rindu pada waktu-waktu ni.. Rasa rindu nak naik bas balik asrama pun ada..

Sejujurnya,, cemburu sangat rasa bile tengok kawan-kawan dapat sambung belajar.. Pengalaman baru. Cerita baru.  Tetibe teringat memori masa belajar kat SI.. Ya Allah rindunya..

Haha rasa macam tak percaya pulak dengan penyataan ni  . Yelah,, dulu beria tak sabar nak habis belajar. Bila habis cuti tu, kalau boleh hari isnin baru nak balik asrama.. sedangkan hari isnin tu ada kelas.. Tapi sekarang ni bila hantar adik balik asrama, rasa rindu nak balik SI.

Tapi... tak apalah. InsyaAllah ada rezeki aku akan tempoh jugak.. Doakan yee.. 

Kepada semua yang ambik diploma atau degree terutama sekali budak-budak cute AP116H (2014 - 2017), semoga berjaya... walau apa pun masalah yang datang, cuba hadapinya dengan sebaik mungkin.. Enjoy setiap saat yang ada..

Bila rasa susah sangat, cuba ingat balik perasaan seronok masa diterima untuk sambung belajar. Tak semua orang dapat peluang yang kite dapat. Tambahan pulak, sekarang ni masa berlalu sangat pantas..

So keep calm and enjoy the moment.. 


Sumber : we heart it
  

2 comments:

  1. Semoga Allah permudahkan pembelajaran akak di hari-hari yang akan datang!

    ReplyDelete